728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Adakah Pengukuhan US Dollar Akan Membantutkan Kenaikan Harga Minyak?

Adakah Pengukuhan US Dollar Akan Membantutkan Kenaikan Harga Minyak?

Harga minyak mentah jatuh lagi dalam sesi Asia pada hari Khamis selepas data perdagangan dari China dilapor mengecewakan. Laporan simpanan minyak mentah AS juga bakal diumumkan oleh Jabatan Tenaga AS.

Minyak mentah AS di New York Merchantile Exchange jatuh 1.06% kepada $49.65 setong. Sementara itu, brent mentah dilaporkan merosot 0.89%.

Institut Petroleum Amerika (API) pada sebelum ini melaporkan bahawa inventori minyak mentah meningkat sebanyak 2.7juta tong pada minggu lepas. Penurunan sebanyak 1.35 juta tong juga dilaporkan di Cushing dan produk tapisan merosot sebanyak 4.5 juta tong.

telegram-moshed

Selain itu, di China, data imbangan perdagangan mencatat lebihan sebanyak $41.99 billion, menjangkaui ramalan awal yang menjangkakan lebihan sebanyak $53.00 billion pada September.

Semalam, minyak mentah dilaporkan meningkat selepas OPEC dan beberapa pengeluar utama dijangka bersedia untuk mengadakan rundingan mengenai pelaksanaan pembekuan bekalan minyak mentah.

Permintaan bagi matawang gergasi kekal mengukuh apabila Fed mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk menaikkan kadar dalam jangka masa terdekat.

Pengukuhan matawang Greenback akan menolak jatuh nilai komoditi hitam memandangkan kos pemegang matawang lain akan menjadi tinggi untuk membeli minyak kerana dinilai berbanding US Dollar.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register