728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Adakah Peningkatan Nilai Minyak Mentah Ini Hanya Sementara?

Adakah Peningkatan Nilai Minyak Mentah Ini Hanya Sementara?

Minyak mentah meneruskan peningkatan dalam sesi Eropah selepas kejutan penurunan inventori minyak mentah untuk 3 minggu berturut-turut.

Antara faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan ini termasuklah mogok yang dilancarkan oleh pekerja di Norway yang mengugut untuk memotong bekalan minyak mentah. Selain itu, kelemahan US Dollar juga mendorong kepada kenaikan harga komoditi tersebut.

Minyak mentah bagi penghantaran November memuncak kepada $45.88 setong.

Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga AS, simpanan minyak mentah jatuh 6.2 juta tong minggu lepas kepada 504.6 juta. Jumlah ini tersasar jauh dari jangkaan awal penganalisis yang meramalkan peningkatan sebanyak 3.35 juta tong.

Di tempat lain, Brent mentah di London meningkat 44 sen.

Kebanyakan peniaga minyak masih menguatkan jangkaan terhadap pembekuan output ketika pengeluar utama minyak mentah bertemu pada minggu depan.

 

Apa Yang Anda Jangka Untuk Bajet 2017 Nanti? Artikel Ini Ada Jawapannya!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register