728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Adakah Permintaan Kerajaan Ini Masuk Akal Bagi Semua Bank di Jepun?

Adakah Permintaan Kerajaan Ini Masuk Akal Bagi Semua Bank di Jepun?

Kementerian Kewangan Jepun sedang berunding dengan bank-bank utama di negara tersebut bagi memberi pinjaman kepada kerajaan pada kadar faedah 0%.

Selain itu, kerajaan Jepun meminta kesemua bank untuk mengemukakan tender dalam kadar faedah negatif bagi akaun khas lelongan pinjaman jangka pendek.

Namun, bank di sana ternyata manghadapi kesukaran untuk memenuhi tuntutan terbabit. Kata salah seorang pegawai yang tidak mahu dikenali, kebanyakan bank-bank hanya bersetuju untuk mengehadkan kadar feadah kepada 0%.

telegram-moshed

Kadar tawaran tender kini ditetapkan pada 0.001%.

Pinjaman ini berikutan langkah pelonggaran monetari yang diumumkan oleh Bank of Japan bagi menjana hasil dibawah paras sifar bagi kebanyakan bon kerajaan.

Selain mengeluarkan bon untuk membiayai bajet rasmi negara, kementerian mendapat peruntukan setiap tahun melalui pinjaman terus dari bank. Pinjaman tersebut bagi pembiayaan jangka pendek untuk akaun khas yang memberi subsidi program seperti perbelanjaan perbandaran, projek-projek tenaga dan projek hutan milik negara.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register