728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Artikel Umum

Adakah Pixel Keluaran Google Ini Bakal Menggugat Kedudukan iPhone?

Adakah Pixel Keluaran Google Ini Bakal Menggugat Kedudukan iPhone?

Google Alphabet Inc mengumumkan telefon pintar keluarannya yang dikenali sebagai “Pixel” serta peranti baru untuk kegunaan di rumah. Telefon pintar yang dikeluarkan sendiri oleh syarikat terbabit dijangkakan bakal menembusi pasaran global dengan sasaran jualan sebanyak US$400 billion.

Selain telefon pintar, Google juga mengumumkan peranti yang digelar “Home” set dan router Wi-Fi yang baru. Pengenalan ini jelas menunjukkan bahawa Google bersedia untuk bersaing dengan syarikat pengeluar utama telefon pintar, Apple dan syarikat telefon yang menggunakan sistem operasi Android yang lain.

Menurut eksekutif syarikat terbabit, mereka ingin bersaing dengan syarikat Apple yang sudah lama bertahan di dalam pasaran dengan melakukan penambahbaikan dari segi software dan hardware.

telegram-moshed

Ketua hardware syarikat Google, Rick Osterloh berpendapat bahawa jika kedua-dua elemen ini diperkemas, Google akan dapat melakukan inovasi yang lebih baik bagi menaikkan produk tersebut.

Tambah Mario Queiroz iaitu Naib Pengurus Bahagian Pengurusan Produk, syarikat itu mula mengambil pendekatan yang lebih terperinci seperti pengurusan bekalan dan reka bentuk model sejak penstrukturan semula syarikat tersebut baru-baru ini.

Tidak seperti produk telefon pintar yang dikeluarkan Google sebelum ini iaitu Nexus, Pixel sejak awal lagi telah dibangunkan sepenuhnya oleh Google. Pun begitu, HTC Corp akan dipertanggungjawabkan sebagai pengeluar kontrak terhadap produk ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register