728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi

Adakah US Dollar Akan Dikuasai Bear Pula?

Adakah US Dollar Akan Dikuasai Bear Pula?

Mengikut analisis Hans Redeker yang bekerja di Morgan Stanley sebagai ketua strategi matawang global, US Dollar bakal turun sebanyak 5% dalam masa beberapa bulan akan datang kerana Federal Reserve (Fed) tidak bercadang untuk menaikkan kadar dalam masa terdekat ini dan data ekonomi US juga akan bertambah teruk. Berdasarkan indikator pula, permintaan domestik US bakal pudar dalam bulan-bulan akan datang.

Analisa di atas mula menampakkan tanda-tanda apabila greenback jatuh sebanyak 1.3% pada hari Jumaat lepas malahan tutup pada minggu yang teruk sejak April lepas. Ini disebakan Jabatan Perdagangan mengumumkan keluaran dalam negara secara kasar mara pada kadar separuh dari yang dijangkakan oleh pakar ekonomi sebelum ini.

Sebelum ini, kita boleh lihat greenback ada membuat rally pada beberapa minggu baru-baru ini. Tetapi rally ini hanya bersifat sementara dan sebenarnya dikuasai oleh spekulasi bahawa Fed akan membuat kenaikan kadar pada minggu-minggu akan datang berdasarkan data yang lebih baik dari jangkaan dalam pekerjaan, jualan runcit dan pengeluaran perindustrian.

telegram-moshed

Malangnya, harapan untuk bull didalam Dollar pudar apabila pengumuman dasar suam-suam kuku pada rabu lepas hanya menampakkan signal pergerakkan ke arah dasar kewangan yang lebih ketat. Selain dari itu juga, pengumuman GDP pada hari Jumaat lalu menunjukkan kenaikan tahunan 1.2% dalam tempoh April – Jun, kurang dari yang dijangkankan pakar ekonomi Bloomberg iaitu sebanyak 2.5%.

Ada spekulasi yang menjangkakan hanya terdapat 1/3 peluang akan berlaku kenaikan kadar untuk tahun ini. Bagi mengetahui perancangan dasar Fed untuk tahun ini, kita harus tunggu keputusan data bulan Julai bagi gaji dan pembuatan kerana ini akan memberi pembacaan yang lebih jelas untuk dasar tahun ini.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register