Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Terkini

AirAsia X Catat Kerugian Bersih RM43.3 Juta, Pendapatan Naik Ke Paras Tertinggi

AirAsia X Catat Kerugian Bersih RM43.3 Juta, Pendapatan Naik Ke Paras Tertinggi

AirAsia X Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM43.3 juta bai suku ketiga 2017 berbanding keuntungan yang dicatat pada tempoh sama 2016 sebanyak RM11 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, “Syarikat begitu baik dalam operasi. Namun, kerugian adalah disebabkan oleh hutang sebanyak RM50.2 juta.”

“Ia adalah tindakan yang perlu diambil selepas kita membuat peralihan dari segi pengurusan perniagaan. Dengan tren tempahan ketika ini, kami dijangka membuat pemulihan pada suku keempat 2017.”

Benyamin berkata pendapatan pada suku ketiga berjumlah RM1.12 billion meningkat 14% dari tahun ke tahun (YoY) berbanding temph sama 2016 iaitu RM 982.4 juta. Ini juga adalah pertumbuhan tertinggi dalam sejarah penubuhan syarikat.

Mengenai unjuran di masa hadapan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun, berkata tempahan untuk suku tahun keempat 2017 dan suku pertama tahun 2018 melebihi tahun 2016 yang menunjukkan permintaan untuk terbang kekal kukuh.

“Ini bukti jelas yang pengguna lebih mengutamakan perbelanjaan ke atas penerbangan dan percutian berbanding perkara tidak penting lain.

“Kami yakin boleh menagkhiri 2017 dengan prestasi positif dan suku keempat 2017 akan menjadi suku yang baik untuk kami.”

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!