728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Akan Berlaku Kenaikan Rate Ke Tidak Ni?

Akan Berlaku Kenaikan Rate Ke Tidak Ni?

Minggu ini melihatkan minggu yang baik buat matawang US Dollar. US Dollar didagangkan tinggi melawan matawang utama yang lain.

Pergerakan harga ini agak mengejutkan dengan data yang kurang baik. Pun begitu, kenaikan tertinggi buat USD adalah melawan JPY dengan hanya sebanyak 1%.

Walaupun perkembangan sektor perkhidmatan adalah yang paling perlahan dalam 6 tahun ini, treasury yield rebound dengat kuat, menjadi pemangkin kepada kekuatan matawang Greenback.

telegram-moshed

Menurut laporan Beige Book Federal Reserve, terdapat beberapa kawasan dilaporkan mempunyai perkembangan yang baik dalam kenaikan harga.

Walaupun NFP pada 2 September lalu agak hambar namun keadaan pasaran buruh masih lagi baik di beberapa kawasan dan jumlah pendapatan juga meningkat.

Jumaat lalu Rosengren mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi Amerika Syarikat dalam keadaan yang baik dengan pasaran buruh dan pekerjaan yang positif.

Rosengren melihat kadar inflasi secara perlahan ke paras sasaran mereka iaitu sebanyak 2% dan risau dengan mod “tunggu dan lihat” yang lama.

Berbeza pula buat Tarullo, mahu melihat data yang lebih baik terlebih dahulu sebelum menyokong kenaikan interest rate terutama sejak laporan ISM yang menimbulkan tanda tanya adakah Fed mampu menangani kesan kenaikan interest rate serta yakin yang adanya peluang untuk menambah pekerjaan dengan lebih banyak .

Kaplan bersetuju dan yakin dengan kenyataan Rosengren menyifatkan kenaikan tidak perlu ditangguh lagi.

Apa yang menyebabkan komen yang bercampur ini adalah perkembangan pekerjaan yang perlahan dan aktiviti sektor pembuatan dan perkhidmatan yang juga kurang baik.

Pun begitu masih ramai penggubal dasar percaya interest rate patut dinaikkan namun penganalisa tidak melihat akan berlakunya kenaikan pada September ini.

Komen-komen positif Fed minggu lepas mungkin akan menguatkan US Dollar pada permulaan minggu hadaoan.

Minggu depan akan dikeluarkan laporan perbelanjaan pengguna, inflasi dan sektor pembuatan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register