banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Akibat Abaikan Perkara Inilah Ramai Trader Kecundang Dan Putus Asa

Akibat Abaikan Perkara Inilah Ramai Trader Kecundang Dan Putus Asa

Ramai dalam antara trader sibuk mencari teknik tu teknik ni. Benda asas yang sangat asas pun dinamakan teknik advanced lah, teknik kebaboom lah dan sebagainya lagi.

Tapi ramai trader lupa, lupa mencari perkara yang lebih penting daripada teknik-teknik gempak ni. Mencari teknik tak salah, cuma jangan tinggalkan pencarian yang lebih penting.

Dalam trading, mencari dan mengenali diri sendiri adalah lebih penting daripada strategi trading yang dipilih.

telegram-moshed

Ingat, personaliti diri haruslah seiring dengan cara trade. Kalau tidak, sangat sukar untuk berjaya dalam bidang ini. Malah mungkin akan kecundang.

Mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri dalam trading adalah salah satu peraturan untuk menjadi trader berjaya.

Satu temubual Kathy Lien dan Rob Booker dalam bukunya menekankan point ini :

“ Saya adalah seorang trader yang bermatlamatkan 50-100 pip seminggu. Jika melebihi 50-100 pips, saya akan mula mengabaikan trading plan saya. Saya jadi kurang berdisiplin dan kadang-kadang menggila. Jadi, saya tetapkan pada diri saya, saya mahukan 50-100 pip sahaja seminggu walaupun mungkin ada position yang untung melebihi daripada jumlah itu. Kerana apa? Kerana saya kenal diri saya dan saya tahu batas yang perlu saya tetapkan.”

Jika anda adalah seorang yang memang nak profit yang laju, maka strategi swing trading bukanlah untuk anda kerana ia mungkin akan menguji kesabaran anda ketika floating merah.

Sebaliknya pula, jika anda seorang yang lebih teliti dan berdisiplin, maka scalper tidak sesuai untuk anda.

Jadi sangatlah penting untuk anda kenal diri anda, jenis trader yang macam mana dan trade mengikut keselesaan dan kesesuaian sendiri.

Indicator berpuluh-puluh, timeframe berbeza-beza. Jadi sesuaikan diri betul-betul jika mahu jadi trader yang berjaya. Supaya tiap kali trade, hati sentiasa tenang.

Elakkan daripada meniru bulat-bulat guru/masta dan ini juga dipesan oleh lejen dalam pos ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register