728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Artikel Umum

Akibat Cita-cita Mahu Menjadi Seorang Doktor, Lelaki Ini Membuka Kedai Sandwich

Akibat Cita-cita Mahu Menjadi Seorang Doktor, Lelaki Ini Membuka Kedai Sandwich

Saya tak boleh lupa Subway Chicken Tandoori~~

Lagu ini menjadi kegilaan warga media sosial sejak Ramadhan lalu kerana lagunya yang sangat catchy.

Terdengar saja lagu ni akan teringat rangupan roti Honey Oat bersama cairan keju serta sayuran yang segar beserta pilihan sos yang pelbagai oleh Subway!

telegram-moshed

Subway telah melakukan perubahan yang sangat besar kali ini terhadap jenamanya terutama logo mereka semalam.

Logo Lama Subway

Logo Lama Subway

Logo Baru Subway

Logo Baru Subway

Subway merupakan sebuah syarikat rangkaian makanan berasaskan sandwich bermula pada tahun 1965.

Yang mengasaskan Subway adalah seorang pelajar yang bernama Fred DeLuca yang mahu menjadi seorang doktor namun tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar yuran pengajiannya.

Jadi apa yang dilakukan adalah membuka sebuah kedai sandwich bagi membantu diri sendiri.

Kedai sandwich pertama dibuka di Bridgeport, Connecticut pada Ogos 1965. Matlamat mereka pada tahun itu adalah mahu membuka 32 buah cawangan dalam jangka masa 10 tahun.

Dalam proses membuka kedai sandwich, Fred belajar asas bisnes, serta kepentingan menyediakan makanan yang berkualiti tinggi, mengekalkan khidmat pelanggan terbaik, mencari lokasi yang strategik dan beroperasi dengan kos rendah!

Pada 1974, hanya 16 cawangan sahaja dibuka. di sekitar Connecticut dan mereka sedar tidak mampu untuk membuka 32 cawangan mengikut matlamat asal mereka.

Jadi mereka memulakan pembukaan rangkaian (franchise), melancarkan jenama SUBWAY® yang masih berkembang sehingga hari ini.

Hari ini melihatkan SUBWAY® adalah rangkaian kedai sandwich terbesar di dunia dengan sebanyak 44,000 rangkaian di seluruh dunia!

Fred DeLuca, walaupun tidak menjadi seorang doktor perubatan namun dianugerahkan ijazah Doctor of Humane Letters.

Serius! Kalau nak berjaya, dengarlah cakap di sini!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register