banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Alasan Hambar Macam Ni Yang Anda Selalu Ungkap Setiap Hari Kan? #2 Paling Popular Rasanya

Alasan Hambar Macam Ni Yang Anda Selalu Ungkap Setiap Hari Kan? #2 Paling Popular Rasanya

Alasan adalah penyumbang nombor 1 kepada kegagalan dalam hidup! Ramai yang mencipta pelbagai alasan kepada diri sendiri dan orang lain untuk mengelak daripada berjaya.

Malah ramai juga yang tidak perasan bahawa mereka mencipta alasan tanpa sedar.

Adakah anda juga suka cipta alasan apabila menghadapi sesuatu masalah?

Kami senaraikan 9 alasan hambar yang sentiasa digunakan oleh ramai orang dan mungkin anda salah seorang daripadanya!

9 alasan ini biasanya mematikan motivasi anda malah mungkin akan membuatkan anda mustahil untuk mencapai matlamat anda!

  1. “Saya penatlah!”

Nombor 1 dalam senarai ini adalah “saya penatlah!”. Pernah tak apabila tengah buat sesuatu, otak asyik sebut “penat, penat, penat”?

Sebenarnya manusia yang selalu cakap penat ni boleh dikaitkan dengan satu penyakit kronik iaitu MALAS. Mula buat kerja, penat. Mula tengok chart, penat. Mula baca artikel, penat.

Senang cerita macam ni, kalau hati tu memang dah taknak buat dan tak yakin akan berjaya, memang tak larat nak mula buat apa-apa.

Ada juga yang sudah bermula, kemudiannya perlahan demi perlahan rasa bosan dan nak mengalah, dan ketika itulah alasan PENAT muncul dalam kepala.

  1. “Saya sibuk, tak ada masa”

Gabungkan dengan nombor 1 dan alasan demi alasan hambar yang berkait akan keluar.

Betul, setiap orang ada 24 jam sehari namun ada saja orang yang berjaya walaupun dengan menggunakan sejam saja sehari untuk mencapai matlamatnya.

Jadi, apa masalah mereka yang gunakan alasan ni?

Alasannya adalah, nak tidur lama, nak berhibur lama, nak rehat lama. Memang tak mana lah kan? Betul tak?

Ramai orang bazirkan masa sebenarnya dengan skrol Facebook, double tap Instagram, bergaduh di Twitter dan sebagainya.

Tidak ramai yang mahu dan mampu menyusun waktu, bekerja keras untuk capai apa yang dimahui.

  1. “Saya tak retilah, susahlah”

Belum cuba lagi dah cakap tak boleh. Takut gagal menebal dalam diri ini akan membantutkan perjalanan seseorang untuk belajar sesuatu baru.

Lawan perasaan takut gagal itu, hidup hanya sekali, percayakan diri sendiri dan belajar perkara baru setiap hari.

Anderson tidak pernah berputus asa dalam mencipta lampu, dan anda mahu mengubah hidup anda. Nak mengalah?

  1. “Saya tak mampulah”

Ini adalah satu alasan yang sangat menarik. Anda sangat mahukan sesuatu perkara dan boleh mengubah hidup anda sama sekali, dan anda cakap “tak mampu”.

Sama juga dengan impian, anda tak mampu capai sekarang, tapi anda tahu, usaha keras akan menambah nilai diri anda sehingga anda mampu dapat jadikan impian tersebut realiti.

  1. “Orang akan cakap bukan-bukan”

Ingatlah, saat orang bercakap pasal anda, itulah tanda anda sedang buat sesuatu yang berbeza daripada mereka.

Dan yakinlah juga, jika hari ini anda tak mampu bayar bil eletrik, mereka tidak akan bayarkan dengan mulut mereka.

Dan ketahuilah, saat anda berjaya, mereka yang akan minta anda belanja mereka makan nanti. Kan?

  1. “Saya tak layak”

Serius hambar yang ni. Layak? Anda adalah sperma yang berjaya mengatasi beribu sperma lain dan anda kata tak layak?

Ingatlah, titik tanda yang buat anda rasa tak layak tu sebenarnya mainan emosi belaka. Cabar diri anda dan pecahkan tembok tersebut.

  1. “Esoklah cuba, esok masih ada”

Berapa banyak esok yang dah anda cakap? Dan berapa banyak esok lagi yang ada?

Nak ke bazirkan hari ini demi esok yang tak pasti belum kunjung tiba lagi. Anda perlu tahu yang jika anda bermula hari ini, kemungkinan anda berjaya esok lebih tinggi daripada bermula esok.

  1. “Saya tak tahu nak mula dari mana”

Nak bermula daripada mana sentiasa menjadi tanda tanya kepada mereka yang baru dan selalu juga menjadi alasan untuk tidak bermula.

Memang betul, tiap satu perkara ada titik permulaannya namun selagi anda tak mula, selagi tu tak akan jumpa titik permulaan kepada perjalanan anda.

Nak lagi senang? Google kan ada! Google saja, dapat jawapan.

  1. “Belum tiba masanya lagi lah”

Tidak akan pernah ada waktu yang paling sempurna untuk mulakan sesuatu melainkan SEKARANG.

Mulakan sekarang dan satu hari nanti anda tahu yang SEKARANG adalah waktu yang paling sempurna sebenarnya.

Malah diri anda akan berterima kasih kepada anda kerana terus bermula tanpa menangguh.

Jangan tunggu waktu sempurna tetapi ciptalah ia~

Kesimpulan

Kalau nak senaraikan alasan, memang tak habis. Alasan demi alasan akan keluar kalau diri sendiri pun dah kering motivasi.

Sentiasa motivasikan diri dengan berbagai cara, tonton video motivasi, berkawan dengan mereka yang sudah berjaya dan lain-lain.

Mulai hari ini, apabila ada saja alasan dalam kepala, bakar alasan tersebut dan buang ke dalam laut cepat-cepat supaya anda tidak terpesong daripada jalan kejayaan anda.

Jangan baca artikel ini jika mahu kecundang awal

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register