[Amaran] FX United Kembali Dengan Taktik Baru Menipu Pelanggan di Malaysia

0 4,711

Bulan Februari yang lalu polis telah berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan forex yang dipercayai melibatkan sejumlah wang sehingga RM1 billion.

Serbuan berasingan yang dijalankan telah berjaya menangkap tiga orang suspek yang bergelar Datuk. Antara yang dirampas dalam serbuan tersebut adalah kereta sport, motosikal berkuasa tinggi, beg berjenama, dan juga jongkah emas.

Suspek ditangkap berikutan skim pelaburan forex, FX United iaitu salah satu broker dagangan tukaran matawang. Suspek dilaporkan menggunakan nama syarikat yang sah berdaftar bagi mengelirukan mangsa dan juga aktif membuat seminar untuk memperkenalkan skim pelaburan yang dianjurkan sekitar tahun 2014  hingga 2016.

Daripada siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa, dipercayai hampir 70,000 mangsa yang terlibat ditipu oleh skim pelaburan yang dianjurkan FX United.

Mangsa dijanjikan pulangan pelaburan 12% sebulan dengan amaun pelaburan minimum adalah RM3,000. Ada yang dilaporkan mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit. Laporan beberapa bulan yang lalu menunjukkan polis telah membekukan 38 akaun bank dan menyita sebuah banglo bernilai RM5 juta.

FX United Hubungi Semula Pelanggan Untuk Memberikan Ganti Rugi?

FX United baru-baru ini telah menawarkan ganti rugi kepada pelanggan-pelanggannya melalui emel yang dihantar dengan menggunakan nama emel Fx United Global.

Dalam emel tersebut FXunitedglobal Financial Team berkata telah mengesahkan ganti rugi sebanyak USD$5,000 kepada pelanggannya.

FXunited juga meminta maaf terhadap kerugian yang telah ditanggung disebabkan FXunitedglobal.com.

Pelanggan yang telah mengalami kerugian dijanjikan ganti rugi USD$5,000, tetapi perlu terlebih dahulu membayar “Yuran Pemprosesan” sebanyak USD$100 ke alamat akaun Bitcoin mereka.

FXunitedglobal berjanji akan memproses ganti rugi tersebut selepas pembayaran USD$100 itu dibuat, dan USD$5,000 itu akan dihantar pada hari yang sama ke akaun pelanggannya.

Berikut adalah emel rasmi oleh FXunited yang dihantar kepada pelanggan mereka:

Kami di moshed.com menasihatkan semua bekas pelanggan FXunited di luar sana agar tidak percaya kepada emel tersebut. Ini hanyalah salah satu lagi taktik penipuan wang oleh mereka.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa