Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Ambil Kalendar Anda, Tandakan Event Penting Ini. Mungkinkah September Bulan MC Atau Bulan Profit?

Ambil Kalendar Anda, Tandakan Event Penting Ini. Mungkinkah September Bulan MC Atau Bulan Profit?

Debat pertama bagi kempen pemilihan Presiden Amerikat Syarikat. Pengumuman interest rate bank bagi G20 hampir setiap hari. Mesyuarat demi mesyuarat.

September melihatkan bulan yang sangat sibuk dengan event ekonomi mahupun politik yang besar yang akan memberi kesan kepada ekonomi global.

Bulan Ogos melihatkan bulan yang sangat sunyi dengan volume yang rendah menantikan volatility yang tinggi untuk September.

Ketua bahagian kajian matawang dan kadar global Bank of America Merrill Lynch memberitahu yang para pelabur sedang melihat potensi pasaran semasa pilihanraya Amerika syarikat yang mana akan mempengaruhi perangsang fiskal bagi ekonomi terbesar dunia itu.

Ahli strategi lain memberitahu jika volatility tidak tinggi, maka pasaran yang hambar akan berlaku lagi.

Event pertama yang akan memulakan festival ekonomi September adalah Laporan NFP bagi bulan Ogos yang akan dikeluarkan jumaat ini.

Laporan yang baik akan menambah kebarangkalian yang tinggi dan klu akan didapati semasa mesyuarat Federal Reserve pada 21 September nanti.

Jika sebaliknya maka akan berlaku ketidakpastian bagi matawang US Dollar. Komen-komen daripada pegawai Fed di Jackson Hole lalu banyak menimbulkan spekulasi akan berlakunya kenaikan interest rate.

Pun begitu, data yang positif diperlukan untuk menyokong komen dan spekulasi tersebut. Selain daripada Fed, dilihatkan central bank lain akan mengumumkan rancangan pelonggaran mereka termasuk kesan pembelian aset oleh BoJ, BoE dan ECB.

Mesyuarat Majlis Pentadbiran ECB akan diadakan pada 8 September dan akan memberi tumpuan kepada strategi pelonggaran kuantitatif.

Para penganalisa melihat yang ECB akan melanjutkan program pembelian asaet ke September 2017.

Mesyuarat Bank of England pula akan berlangsung pada 15 September dan para penganalisa yang ditemuramah oleh Bloomberg, memberitahu hanya 6.3% kebarangkalian akan berlakunya pemotongan interest rate dan fokus juga akan diberikan kepada cabaran skim pembelian bond.

Manakala pada 21 September, Bank of Japan akan mengumumkan keputusan dasar kewangan mereka dan ramai menjangkakan akan berlakunya pemotongan interest rate ke paras negatif.

4 hingga 5 September pula melihatkan Sidang Kemuncak G20 dengan China menjadi tuan rumah yang akan membincangkan isu perkembangan sektor kewangan dunia.

Terdapat terlalu banyak perubahan dasar kewangan di tiap negara G20 tahun ini dan perkara tersebut akan dibincangkan dengan lebih mendalam.

Sementara itu, Pertemuan Pegawai Anggota-anggota OPEC akan diadakan di Algeria pada 26.28 September dan isu peningkatan pengeluaran sangat merisaukan yang mengakibatkan penurunan demi penurunan harga minyak mentah.

Jadi, masukkan dalam kalendar anda, perhati dengan baik apa yang berlaku pada tiap event ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register