Analisa GOLDUSD 11 Sept 2014

0 1

2014-09-11_18-48-28
(klik gambar untuk besarkan)

Emas mengalami kejatuhan yang agak ketara sejak 6 sept 2011. Penguasaan USD telah mengancam kedudukan emas untuk terus naik yang mana jika dilihat pada Fibonacci Retracement harga masih menurun (bearish) untuk ke support seterusnya pada level 61.8 (1301.12).

Keadaan ini juga mungkin akan berterusan kerana jika harga ingin menukar trend menaik (bullish), ia perlu menembusi resistance terhampir iaitu pada Moving Average (MA), MA200 dan diikuti dengan MA100 dan MA50. Disitu juga terdapat resistance pada Fibonacci Retracement iaitu level 50.0 (1301.12).

Walaubagaimanapun RSI (Relative Strength Index) menunjukkan harga sudah berada pada level 30/20 iaitu harga ‘oversold’ yang mana harga akan membuat pantulan pada level 50.0 (1301.12).

Jika harga berjaya menembusi resistance pada MA200 dan level 50.0 ia berpotensi untuk menaik (bullish).

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa