Share This Post

Analisa Teknikal Mingguan / AUD/USD / EUR/USD / GBP/JPY / GBP/USD / USD/JPY

Analisis Teknikal Mingguan 11 September – 15 September 2017

EUR/USD – Analisis Mingguan 11 September – 15 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

EUR/USD gagal untuk breakout support terhampir pada minggu lalu dan terus membuat kenaikan seperti yang dijangkakan. Kenaikan EUR/USD berjaya mencapai target ke sekitar harga 1.2064/50. Secara teknikal, pergerakan menunjukkan EUR/USD masih dalam momentum bullish dan berpotensi untuk breakout Key Resistance minggu ini bagi membentuk new HH.

Oleh itu, peluang yang boleh diperhatikan minggu ini adalah ‘long’ dan sebarang penurunan adalah retracement. Boleh perhatikan di timeframe yang lebih kecil iaitu M30,H1 atau H4 untuk mengenapasti peluang entry.

Jadi kesimpulannya, kebangkalian untuk EUR/USD masih kuat ke arah bullish ketika ini berbanding bearish.

GBP/USD – Analisis Mingguan 11 September – 15 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu harga GBP/USD membuat kenaikan lebih kurang 300 pips dengan berjaya mencapai target iaitu ke sekitar harga 1.3220(rujuk analisa minggu lalu). Dan jika diperhatikan, secara teknikal GBP/USD berjaya menutup pasaran minggu lalu dengan membentuk continuation candlestick iaitu bullish morubozu.

Jadi, pada minggu ini GBP/USD berpotensi untuk terus bullish dan peluang yang boleh diperhatikan adalah pullback/retracement mingguan ke sekitar harga 1.3030/00 atau kemungkinan juga ia hanya akan sedikit retrace sebelum meneruskan lagi kenaikan.

Jika breakout Key Resistance, GBP/USD akan membuat kenaikan dan mencapai ke target resistance seterusnya iaitu 1.3300 atau lebih tinggi ke harga 1.3400 bagi membentuk new HH. Kesimpulannya, mood masih bullish sejak minggu lalu selagi ia tidak breakout Key Support minggu ini yang berada pada harga 1.2780 – 1.2830.

AUD/USD – Analisis Mingguan 11 September – 15 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pergerakan harga AUD/USD minggu lalu bullish dan berjaya mencapai target bagi membentuk new HH. Dan sekiranya ia breakout resistance terhampoir minggu ini iatu 0.8055, ia berpotensi untuk mencapai semula harga 0.8120 atau ke harga yang lebih tinggi lagi.

Jadi peluang terhampir yang boleh diperhatikan kini adalah sekitar Zone Suppor tminggu ini aiitu 0.7880 – 0.7964. Oleh itu, sebarang penurunan pada minggu ini adalah retracement dan pergerakan momentum wave masih dikuasai mood bullish(HL,HH,HL,HH) ketika ini.

USD/JPY – Analisis Mingguan 11 September – 15 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pasaran harga bagi USD/JPY berjaya untuk bearish minggu lalu setelah breakout harga 108.40. Ia berjaya untuk membentuk new LL sekitar harga 107.64/50. Jadi pada minggu ini, secara teknikal momentum pergerakan wave masih menunjukkan potensi ke arah bearish akan berterusan.

Dan ia berpotensi untuk melakukan retracement terlebih dahulu ke sekitar zon resistance 109.40/00 atau ke resisatnce 110.00/20 sebelum meneruskan lagi penurunan. Dan target bearish minggu ini adalah ke Key Support iaitu 107.50 dan jika breakout ia berpotensi untuk mencapai ke harga yang lebih rendah lagi iaitu 107.00.

Jadi kesimpulannya, selagi harga masih tidak breakout Key Resistance 111.00, peluang masih tinggi untuk ia bearish buat masa ini.

GBP/JPY – Analisis Mingguan 11 September – 15 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, harga GBP/JPY kini berada di sekitar zone resistance 143.14 – 144.30 yang berpotensi membentuk new HH bagi wave bullish yang mulai terbentuk minggu lalu. Dan sekiranya ia gagal untuk breakout zone resistance ini, GBP/JPY akan mulai kembali bearish dan mencapai support-support terhampir iaitu 141.64 atau ke 140.70.

Walaubagaimanapun, jika breakout resistance ini 144.30 ini, GBP/JPY berpotensi tinggi untuk meneruskan lagi kenaikan dan mencapai ke harga resistance sebelum ini iaitu samaada 145.14 atau ke 146.35.

Oleh itu, peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah ‘short’ selagi ia tidak breakout zone resistance, jika breakout ia berpotensi pula untuk ‘long’ pada harga ia pullback sebelum terus bullish.

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!