Share This Post

Analisa Teknikal Mingguan / AUD/USD / EUR/USD

Analisa Teknikal Mingguan 17 Julai – 21 Julai 2017

EUR/USD – Analisa Mingguan 17 Julai – 21 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu ini, Team Analisa berpendapat EUR/USD masih dalam momentum bullish ketika ini dan harga yang berpotensi membentuk ‘Resistance Become Support’ masih berada pada harga yang sama dan peluang yang boleh diperhatikan masih dikekalkan di sekitar harga 1.1280/1.1300 tersebut.

Target kenaikan pada minggu ini adalah di sekitar harga 1.1500 – 1.1614. Dan sebarang penurunan ketika ini adalah retracement dan berpotensi untuk bullish ke harga yang lebih tinggi selagi ianya tidak breakout Key Support mingguan 1.1130. Jadi kesimpulannya, mood pergerakan EUR/USD masih bullish ketika ini.

GBP/USD – Analisa Mingguan 17 Julai – 21 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, harga GBP/USD membuat kenaikan yang agak tinggi pada minggu lalu dan telah membentuk candlestick continuation pattern iaitu bullish morubozu Jumaat lalu. GBP/USD juga telah berjaya beakout Key Resistance sebelum ini yang berada pada harga 1.3030/40.

Jadi pada minggu ini, potensi untuk GBP/USD terus bullish masih tinggi dan peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah di sekitar hagra zone key support 1.2800 – 1.2614. Dan jika breakout Key Resistance 1.3164 ini, target seterusnya uang berpotensi dicapai adalah sekitar 1.33000 atau ke harga yang lebih tinggi pada minggu ini bagi membentuk new HH.

AUD/USD – Analisa Mingguan 17 Julai – 21 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, harga AUD/USD gagal untuk breakout Key Support dan membuat kenaikan yang agak tinggi dengan mencatatkan lebih kurang 250 pips. Dan kini, secara teknikalnya pergerakan momentum wave masih dikuasai mood bullish(HL,HH,HL,HH).

AUD/USD berpotensi untuk melakukan retracement ke sekitar support terhampir iaitu 0.7730/14 bagi membentuk new HL sebelum bullish dan walaubagaimanapun, jika ia breakout support terhampir ini. Ia akan menuju ke harga support seterusnya iatu 0.7585/64. Target bullish pada minggu ini adalah ke sekitar harga 0.7900/14.

Jadi kesimpulannya, selagi ia tidak breakout Key Support 0.7585, pergerakaan harga pasaran bagi AUD/USD masih dikuasai mood bullish ketika ini.

USD/JPY – Analisa Mingguan 17 Julai – 21 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti jangkaan, USD/JPY telah melakukan retracement bearish pada minggu lalu setelah ia tidak breakout Key Resistance dan penurunan ini merekodkan sebanyak 170 pips. Dan harga kini menghampiri zone Key Support mingguan.

Secara teknikal, harga sekitar Key Support 112.14 – 111.00 adalah potensi yang boleh diperhatikan untuk ‘long’ selagi ianya tidak breakout 111.00. Jika ia membentuk buy signal sekitar zone Key Support ini, USD/JPY akan mulai mengorak langkah untuk kembali bullish dan target kenaikan adalah di sekitar Key Resistance 114.00/30 untuk minggu ini.

GBP/JPY – Analisa Mingguan 17 Julai – 21 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, GBP/JPY berjaya untuk membuat kenaikan lebih kurang 200 pips setelah ia retrace ke sekitar Key Support mingguan bagi membentuk new HL dan secara teknikalnya, momentum wave masih ke dikuasai mood bullish(HL,HH,HL,HH) dan kebarangkalian untuk ia terus bullish adalah tinggi ketika ini sekiranya breakout Key Resistance 147.80.

Jika breakout Key Resistance ini, target mingguan yang berpotensi dicapai bagi membentuk new HH adalah sekitar harga 149.50 atau ke harga yang lebih tinggi lagi. Oleh itu, selagi harga GBP/JPY ketika ini masih tidak breakout support terhampir yang berada pada harga antara 145.30 – 143.80, peluang masih tinggi untuk ia bullish pada minggu ini.

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!