Share This Post

Analisa Teknikal Mingguan / AUD/USD / EUR/USD / GBP/JPY / GBP/USD / USD/JPY

Analisis Teknikal Mingguan 18 September – 22 September 2017

EUR/USD – Analisa Mingguan 18 September – 22 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Secara teknikal, pergerakan harga bagi EUR/USD masih dalam mood bullish ketika ini(HL,HH,HL,HH) selagi ia tidak breakout Key Support 1.1664. Jadi, peluang ketika ini masih ‘long’ dan jika breakout Key Resistance 1.2050/64 ini, target mingguan adalah ke sekitar harga 1.2164 atau ke harga yang lebih tinggi lagi bagi membentuk new HH.

Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Support mingguan, sebarang penurunan adalah retracement dan kebarangkalian masih kuat ke arah bullish jika mengikut momentum wave ketika ini.

GBP/USD – Analisa Mingguan 18 September – 22 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

GBP/USD minggu lalu breakout Key Resistance minggu lalu dan berjaya untuk meneruskan lagi kenaikan bagi membentuk new HH. Direkodkan kenaikan mencecah lebih kurang 400 pips minggu lalu dan mencapai harga sekitar 1.3600.

Jika diperhatikan secara teknikal, GBP/USD masih dikuasai mood bullish dengan terbentuknya bullish morubozu dan peluang yang boleh diperhatikan minggu ini adalah pullback ke support-support terhampir(boleh diperhatikan di timeframe yang lebih kecil) sebelum ia bullish.

Target bullish jika breakout Key Resistance 1.3660/50 adalah ke sekitar harga 1.3700 atau ke 1.13850 pada minggu ini. Jadi selagi ia tidak breakout Key Support minggu ini iaitu 1.3250, GBP/USD masih dikuasai mood bullish berbanding bearish pada minggu ini.

AUD/USD – Analisa Mingguan 18 September – 22 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

AUD/USD minggu lalu masih berada di sekitar range harga antara Key Resistance dan Key Support. Jika diperhatikan, momentum wave masih menunjukkan mood masih kuat ke arah bullish(HL,HH,HL,HH) ketika ini.

Pada minggu ini, retracement bearish yang berpotensi dicapai bagi membentuk new HL adalah di sekitar harga 0.7884 – 0.7820. Dan sekiranya ia breakout harga sekitar zone Key Resistance minggu ini, AUD/USD akan bullish dan target yang berpotensi dicapai adalah sekitar harga 0.8200.

Oleh itu, Key Support pada minggu ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan dan selagi ia tidak dibreakout, AUD/USD masih dikuasai mood bullish.

USD/JPY – Analisa Mingguan 18 September – 22 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, USD/JPY minggu lalu gagal untuk breakout Key Support mingguan lalu mulai mengorak langkah bullish dan berjaya breakout zone resistance bagi membentuk new HH. Harga kini berada di zone yang kritikal di mana jika ia gagal untuk breakout 111.00, kemungkinan adalah tinggi untuk ia kembali bearish.

Jadi pada minggu ini, secara teknikalnya, jika harga berjaya untuk breakout dan menutup harga di atas paras harga 111.00, potensi adalah kuat ke arah bullish pada minggu ini. Dan peluang untuk ‘long’ masih terbuka, dan boleh diperhatikan di support-support terhampir yang berpotensi untuk ia retrace sebelum meneruskan lagi kenaikan.

Jadi selagi ia tidak breakout Key Support mingguan iaitu 107.30/50 ini, potensi masih tinggi untuk ia bullish pada minggu ini.

GBP/JPY – Analisa Mingguan 18 September – 22 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

GBP/JPY minggu lalu berjaya untuk mulai bullish setelah ia breakout Resistance terhampir dan meneruskan lagi kenaikan apabila Key Resistance berjaya dibreakout. Kenaikan minggu lalu mencatatkan kenaikan yang agak tinggi iaitu lebih kurang 800 pips.

Secara teknikal, peluang yang boleh diperhatikan pada minggu ini adalah retracement iaitu ke sekitar harga 148.60 – 147.80. Oleh itu, sebarang penurunan adalah retracement sebelum ia meneruskan lagi kenaikan.

Dan sekiranya breakout Key Resistance 152.00, GBP/JPY berpotensi untuk mencapai ke harga yang lebih tinggi lagi bagi membentuk new HH.

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!