Share This Post

Analisa Teknikal Mingguan / AUD/USD / EUR/USD / GBP/JPY / GBP/USD / USD/JPY

Analisis Teknikal Mingguan 21 Ogos – 25 Ogos 2017

EUR/USD – Analisis Mingguan 21 Ogos – 25 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Secara teknikal, EUR/USD masih dalam keaadan bullish dengan pergerakan wave HL,HH,HL,HH dan harga di sekitar 1.1630 – 1.1480 adalah harga retracement yang masih boleh diperhatikan ketika ini kerana ia berpotensi untuk membentuk new HL sebelum ia bullish kembali dan jika breakout Key Resistance, harga berpotensi untuk mencapai resistance seterusnya bagi membentuk new HH.

Jadi pada minggu ini, EUR/USD berkemungkinaan akan mulai bearish untuk mencapai harga sekitar Zone Support sebelum ia meneruskan lagi kenaikan. Dan selagi harga masih berada di atas paras harga 1.3000/1.2380, mood pergerakan masih dikuasai bullish.

GBP/USD – Analisis Mingguan 21 Ogos – 25 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Harga GBP/USD kini berada di zone support dan sekiranya harga tidak breakout 1.2830/00 ini, peluang adalah tinggi untuk ia membuat kenaikan semula dengan membentuk new HL sebelum bullish.

Dijangkakan target kenaikan adalah ke sekitar 1.3030 dan jika breakout ia berpotensi untuk bullish ke harga yang lebih tinggi lagi. Jika beakout support ini, peluang seterusnya yang boleh diperhatikan adalah di sekitar 1.2714/50.

Jadi kesimpulannya, harga sekitar support ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan pada minggu ini dan sebarang penurunan adalah pullback sebelum ia meneruskan lagi kenaikan.

AUD/USD – Analisis Mingguan 21 Ogos – 25 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Harga AUD/USD akhirnya berjaya membentuk new HL untuk terus bullish pada minggu lalu. Kenaikan lebih kurang 100 pips ini berjaya membentuk bullish morobozu dan secara teknikalnya, trend masih ke arah bullish ketika ini(HL,HH,HL,HH).

Jadi sekiranya AUD/USD berjaya untuk breakout Key Resistance 0.8000, ia akan terus membuat kenaikan dan target terhampir yang boleh dicapai pada minggu adalah ke sekitar harga 0.8150. Oleh itu, selagi harga tidak breakout Key Support minggu ini, kebarangkalian adalah tinggi untuk ia bullish pada minggu ini dan berpotensi untuk membentuk new HH.

USD/JPY – Analisis Mingguan 21 Ogos – 25 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Harga USD/JPY bearish lebih kurang 200 pips minggu lalu setelah ia gagal untuk breakout zone resistance 111.00. Mengikut pergerakan wave, USD/JPY masih dalam mood bearish ketika ini selagi ia tidak breakout 111.00.

Key Support mingguan pula masih dikekalkan pada harga yang sama iaitu 108.40. Dan dijangkakan, jika ia tidak melepasi Key Support ini, peluang yang boleh diperhatikan adalah untuk ‘long’ sementara ia retrace ke harga sekitar resistance zone sebelum kembali bearish. Target bearish mingguan jika breakout Key Support adalah 107.30 bagi membentuk new LL.

Jadi pada minggu ini, selagi ia tidak breakout harga sekitar 112.00 iaitu Key Resistance mingguan, kebarangkalian masih tinggi untuk ia bearish pada minggu ini dan sebarang kenaikan adalah retracement.

GBP/JPY – Analisis Mingguan 21 Ogos – 25 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily

GBP/JPY berjaya untuk melakukan retracement kenaikan pada minggu lalu dan bearish lebih kurang 300 pips ke target yang dijangkakan bagi membentuk new LL . Jadi pada minggu ini, jika diperhatikan momentum masih kuat ke arah bearish dan berpotensi untuk meneruskan pergerakan bearish.

Peluang yang boleh diperhatikan adalah di sekitar harga 141.64 – 143.14 untuk ia membuat retracement kenaikan bagi membentuk new LH sebelum ia bearish. Dan target bearish terhampir adalah ke Key Support mingguan iaitu 139.00 dan jika breakout ia akan ke harga yang lebih rendah lagi.

Walaubagaimanapun, jika breakout resistance zone ini GBP/JPY akan mulai membuat kenaikan semula dan mencapai resistance 144.30. Kesimpulannya, selagi ia tidak breakout Key Resistance mingguan, sebarang kenaikan adalah retracement sebelum ia bearish semula.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!