banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Teknikal Mingguan / EUR/USD / GBP/USD

Analisa Teknikal Mingguan 26 Sept – 30 Sept 2016

GBPUSD – Analisa Mingguan 26 Sept – 30 Sept 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Tahniah kepada yang mengikuti analisa dari Tim Analisa Moshed minggu lepas. Seperti jangkaan, GBPUSD telah membuat kenaikan ‘retrace’, sebelum bearish lebih kurang 150 pips pada jumaat lalu.

telegram-moshed

Secara teknikal minggu ini, wave bearish(LH,LL,LH,LL) masih menguasai GBPUSD. Tim Analisa berpendapat GBPUSD berpotensi untuk meneruskan downtrend sehingga harga 1.2900.

Key Resistance mingguan berada pada harga yang terbaik iaitu sekitar 1.3100/1.3080. Jika breakout ia kemungkinan akan menguji harga 1.3150 sebelum kembali meneruskan bearish.

Selain tu, berikutan Brexit matawang GBP agak sukar untuk menguat dan kembali normal ke kadar pertukaran yang memberansangkan. Kemungkinan mengambil masa beberapa tahun untuk pulih semula.

EURUSD – Analisa Mingguan 26 Sept – 30 Sept 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Minggu lepas kita menyaksikan EURUSD tidak berjaya breakout “Higher Low/HL’ terdekat iaitu pada harga sekitar 1.1130/20 dan membuat kenaikan ‘retrace’ yang agak besar dengan menguji harga 1.1250 seperti yang dijangka.

Tim Analisa berpendapat EURSUD masih berada dalam keadaan sideway yang agak besar iaitu antara harga 1.3000 dan 1.1120.

Jika breakout Key Resistance minggu ini yang berada pada harga 1.3000/1.1280, EURUSD berpotensi untuk meneruskan uptrend dan akan menguji harga sekitar 1.1360/50.

Jika tidak kemungkinan ianya akan meneruskan downtrend sekitar zone sideway. Jadi Key Resistance perlu diberi perhatian, jika gagal breakout EURUSD berpotensi untuk menguasai mood bearish minggu ini.

Share This Post

Lost Password

Register