Share This Post

Analisa Teknikal Mingguan / AUD/USD / EUR/USD / GBP/JPY / GBP/USD / USD/JPY

Analisa Teknikal Mingguan 28 November – 2 Disember 2016

EURUSD – Analisa Mingguan 28 Nov – 2 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Minggu lepas kita menyaksikan EURUSD mula mengorak langkah untuk membuat kenaikan setelah mencapai support terhampir yang berada pada harga 1.0530 dan direkodkan kenaikan lebih kurang 70 pips pada jumaat lalu.

Awal pagi tadi EURUSD membuka pasaran dengan agak aggresive dengan melakukan pergerakan bullish lebih kurang 80 pips dalam masa 5 jam sahaja(rujuk TF H1) dan telah breakout resistance terhampir.

Jadi minggu ini, walaupun pergerakan masih dikuasai mood bearish(LH,LL,LH,LL). Tim Analisa berpendapat EURUSD berpotensi membuat kenaikan ‘retracement’ dan sekiranya berjaya breakout Key Resistance iaitu MagicR3 hari ini.

Ia berpotensi meneruskan pergerakan ke resistance seterusnya iaitu 0.0790 ataupun ke resistance terbaik 1.0860 untuk membentuk formasi ‘Support Become Resistance’ sebelum bearish semula.

Kesimpulannya, minggu ini EURUSD berkemungkinan dalam mood bullish untuk melakukan ‘correction’ kenaikan. Apapun, ia perlu breakout Key Resistance untuk meneruskan kenaikan. Dan menunggu peluang untuk ‘short’ apabila harga mencapai sekitar resistance iaitu new ‘Lower High/LH’.

Walaubagaimanapun, Key Support berada pada harga 1.0545/50 minggu ini. Sekiranya breakout dahulu sebelum berlakunya ‘retracement’, EURUSD bakal meneruskan bearish menuju ke support terbaik iaitu 1.0480.

GBPUSD – Analisa Mingguan 28 Nov – 2 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti jangkaan minggu lepas, GBPUSD berjaya mengorak langkah untuk bullish setelah tidak berjaya breakout Key Support yang berada sekitar harga 1.2330/00.

Jadi untuk minggu ini, GBPUSD dilihat sudah mencapai harga ke Key Resistance 1.2520 tetapi masih belum berjaya breakout sepenuhnya.

Dan jika diperhatikan, GBPUSD mula membentuk wave kenaikan(HL,HH,HL,HH). Jadi Key Resistance minggu ini perlu diberikan perhatian sepenuhnya. Jika breakout, GBPUSD akan meneruskan bullish dan target resistance yang boleh dicapai adalah 1.2664 dan resistance seterusnya adalah 1.2850/70 untuk membentuk new ‘Higher High/HH’.

Jika tidak breakout Key Resistance ini, kemungkinan GBPUSD akan mula bearish dan harga pada minggu ini akan berada sekitar antara Key Resistance dan Key Support dengan keadaan sideways.

AUDUSD – Analisa Mingguan 28 Nov – 2 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Mengikut analisa minggu lepas, AUDUSD tidak berjaya breakout Key Support di 0.7300/10. Dan mula membuat kenaikan ‘retracement’ untuk mencapai target sekitar harga 0.7400.

Dan minggu ini, pasaran dibuka dengan AUDUSD membuat kejutan meneruskan kenaikan lagi sebanyak 50+ pips. AUDUSD dilihat berpotensi untuk meneruskan kenaikan ke sekitar harga Key Resistance iaitu 0.7535/80 iaitu harga terbaik sebelum bearish semula.

Walaubagaimanapun, jika ia berjaya breakout Key Resistance ini, ia kemungkinan akan menguji semula resistance terhampir iaitu 0.7720/30. Pergerakan minggu ini masih berpotensi untuk bearish selagi AUDUSD tidak berjaya breakout Key Resistance pada minggu ini.

USDJPY – Analisa Mingguan 28 Nov – 2 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Minggu lepas, matawang USD dilihat masih kukuh dan meneruskan momentum kenaikan berikutan kenyataan Trump untuk memstabilkan ekonomi US selepas kemenangannya tempoh hari telah menyakinkan para pelabur.

Dari segi teknikal, USDJPY dilihat masih dikuasai mood bullish dan sebarang penurunan pada minggu ini adalah ‘retracement’ bearish sebelum bullish semula.

Resistance terbaik yang berada sekitar harga 114.50/60 dan 116.60/80 masih belum diuji dan kemungkinan berpotensi untuk dicapai sekiranya USDJPY berjaya breakout Key Resistancee terbaik iaitu 113.50.

Walaubagaimanapun, Tim Analisa berpendapat USDJPY kemungkinan akan bearish pada minggu ini dan selagi tidak breakout Key Resistance pada minggu ini. Potensi harga yang boleh dicapai adalah sekitar harga Key Support iaitu 111.10/00. Dan jika breakout, target support terbaik yang boleh dicapai adalah 109.14/00 sebelum bullish semula.

GBPJPY – Analisa Mingguan 28 Nov – 2 Dis 2016 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu ini, Key Resistance berada pada harga 141.20/30 iaitu merupakan target yang dicapai sekiranya GBPJPY bullish pada minggu lepas. Anda boleh rujuk analisa minggu lepas.

Jadi minggu ini, GBPJPY dilihat masih dalam mood bullish, dan Tim Analisa berpendapat GBPJPY akan bearish ke sekitar Key Support 138.30 sekiranya ia tidak breakout Key Resistance minggu ini sebelum bullish semula.

Harga Key Support adalah peluang untuk GBPJPY membuat kenaikan semula. Jadi Key Support perlu diberikan perhatian. Jika tidak breakout, ia berpotensi meneruskan pergerakan bullish untuk menguji resistance seterusnya.

Jika breakout Key Support, support yang terbaik bakal diuji adalah sekitar harga 135.60. Jadi selagi tidak breakout support terbaik ini, mood bullish masih dikuasai oleh GBPJPY.

Nota : Team Analisa Moshed ada menyediakan analisa seperti ini hampir setiap hari bagi TimeFrame H1. Anda berminat untuk dapatkannya? Jadi Ahli Traders Zone dengan – KLIK SINI

 

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!