Share This Post

Analisa Teknikal Mingguan / AUD/USD / EUR/USD / GBP/JPY / GBP/USD / USD/JPY

Analisis Teknikal Mingguan 28 Ogos – 1 September 2017

EUR/USD – Analisis Mingguan 28 Ogos – 1 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pergerakan harga EUR/USD minggu lalu berjaya untuk membentuk new HL sebelum ia meneruskan lagi kenaikan. Kenaikan minggu lalu berjaya untuk breakout Key Resistance 1.1880/1.1900 dan membentuk bullish morubozu(rujuk timeframe weekly).

Secara teknikal, momentum wave masih dalam mood bullish(HL,HH,HL,HH) dengan kelemahan matawang USD ketika ini juga memberi kelebihan pada EURO terus menguasai pergerakan uptrend. Jadi pada minggu ini, peluang yang boleh diperhatikan adalah ‘long’ selagi ia tidak breakout support terhampir yang berada pada harga 1.1664/50.

Target kenaikan yang berpotensi dicapai adalah sekitar harga 1.2050 dan jika breakoaut ia akan mencapai ke resistance seterusnya atau ke harga yang lebih tinggi lagi. Kesimpulannya, mood ketika ini masih bullish dan berpotensi untuk meneruskan lagi kenaikan.

GBP/USD – Analisis Mingguan 28 Ogos – 1 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

GBP/USD minggu lalu melemah dan bearish dengan berjaya untuk breakout support sekitar 1.2830/00. Walaubagaimanapun, trend masih kuat ke arah uptrend ketika ini dengan wave HL,HH,HL,HH(rujuk timeframe weekly). Jadi penurunan minggu lalu adalah retracement selagi ia tidak breakout 1.2600.

Tambahan, jika diperhatikan di timeframe weekly GBP/USD berjaya untuk menutup pasaran minggu lalu dengan membentuk bullish pin bar sekitar support. Jadi, potensi masih tinggi untuk ia bullish ketika ini berbanding bearish. Harga sekitar 1.2830 – 1.2714 adalah zone support yang boleh diperhatikan ketika ini dan berpeluang membentuk buy signal sekitar harga ini. Manakala 1.2600 merupakan Key Support pada minggu ini.

Jadi kesimpulannya, selagi harga tidak breakout Key Support kebarangkalian masih tinggi untuk ia bullish tetapi sekiranya breakout Key Support, momentum bullish ini dianggap gagal dan GBP/USD akan mulai bearish.

AUD/USD – Analisis Mingguan 28 Ogos – 1 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Secara keseluruhan, pergerakan AUD/USD masih dalam mood bullish sejak minggu lalu dan sekiranya ia harga membuat penurunan peluang yang boleh diperhatikan adalah di sekitar key zone support iaitu 0.7814 – 0.7730.

Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Resistance sebelum retracement ke support terhampir, AUD/USD berpotensi untuk terus bullish. Dan target terhampir adalah 0.8100 atau ke harga seterusnya 0.8164 bagi membentuk new HH.

Kesimpulannya, mood bullish masih dikuasai AUD/USD selagi ia tidak breakout Key Support mingguan ini. Dan penurunan ketika ini adalah retracement sebelum ia meneruskan lagi kenaikan selagi ia tidak breakout Key Support.

USD/JPY – Analisis Mingguan 28 Ogos – 1 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pergerakan harga USD/JPY minggu lalu sideways dan masih gagal untuk breakout Key Support 108.40 bagi meneruskan mood bearish. Secara teknikal, jika USD/JPY tidak breakout Key Support 108.40 ini, ia berpotensi untuk membuat kenaikan semula.

Target kenaikan terhampir adalah sekitar resistance zone 110.00 – 111.00 dan peluang untuk ‘short’ selagi ia tidak breakout Key Resistance 112.00. Jika breakout Key Support, target terhampir adalah 107.50 bagi membentuk new LL.

Jadi pada minggu ini, selagi ia tidak breakout harga sekitar 112.00 iaitu Key Resistance mingguan, kebarangkalian masih tinggi untuk ia bearish dan sebarang kenaikan adalah retracement.

GBP/JPY – Analisis Mingguan 28 Ogos – 1 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, momentum wave masih dikuasai mood bearish ketika ini(LH,LL,LH,LL) dan peluang yang boleh diperhatikan ketika adalah kenaikan ke sekitar resistance zone 141.60 – 143.14 bagi membentuk new LH sebelum ia bearish.

Jika breakout Key Support 139.00, ia berpotensi mencapai ke support seterusnya iaitu 137.50/40 bagi membentuk new LL. Walaubagaimanapun, jika breakout resistance zone ini GBP/JPY akan membuat kenaikan seterusnya dan mencapai resistance 144.30. Kesimpulannya, selagi ia tidak breakout Key Resistance mingguan, sebarang kenaikan adalah retracement sebelum ia kembali bearish.

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!