Share This Post

Analisa Teknikal Mingguan / AUD/USD / EUR/USD / GBP/JPY / GBP/USD / USD/JPY

Analisa Teknikal Mingguan 3 Julai – 7 Julai 2017

EUR/USD – Analisa Mingguan 3 Julai – 7 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, harga EUR/USD akhirnya berjaya untuk breakout Key Resistance 1.1280 bagi meneruskan kenaikan setelah 2 minggu ia sideways sekitar harga antara 1.1280 dan 1.1120. Direkodkan kenaikan mencecah 300 pips dan telah mencapai target ke sekitar 1.1430 bagi membentuk new HH.

Secara teknikal, momentum masih dikuasai mood bullish ketika ini dengan pergerakan wave HL,HH,HL,HH dan harga di sekitar 1.1280/1.1300 berpotensi untuk dicapai ‘Resistance Become Support’ sebelum ia meneruskan lagi pergerakan bullish. Jadi, peluang terbaik yang berpotensi untuk diperhatikan pada minggu ini adalah ‘long’ di sekitar harga retracement.

Target kenaikan mingguan adalah ke sekitar Key Resistance iaitu 1.1460/50 dan jika breakout, ia berpotensi untuk mencapai ke sekitar harga yang lebih tinggi iaitu 1.1500 – 1.1600.

GBP/USD – Analisa Mingguan 3 Julai – 7 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

GBP/USD bullish lebih kurang 400 pips pada pada minggu lalu setelah ia gagal untuk breakout Key Support di sekitar harga 1.2650/1.2560 seperti yang dijangkakan sebelum ini(rujuk analisa mingguan 19 Jun – 23 Jun 17).

Jadi, jika diperhatikan GBP/USD telah membentuk candlestick pattern ‘Three White Soldier’ dan ini menunjukkan ia masih berpotensi tinggi untuk meneruskan lagi kenaikan. Oleh itu, peluang yang berpotensi tinggi untuk diperhatikan ketika ini adalah ‘long’ di sekitar harga retracement/support terhampir iaitu 1.2830/00.

Walaubagaimanapun, jika ia terus breakout Key Resistance minggu ini 1.3040, harga GBP/USD berpotensi untuk mencapai ke sekitar harga 1.3164/50 bagi membentuk new HH. Kesimpulannya, selagi harga tidak breakout Key Support 1.2600/14 ini, mood bullish masih dikuasai GBP/USD berbanding bearish.

AUD/USD – Analisa Mingguan 3 Julai – 7 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, pergerakan harga bagi AUD/USD mulai bullish secara mendadak setelah ia membentuk new HL sekitar harga 0.7530/50.Dan sekiranya ia berjaya untuk breakout Key Resistance pada minggu ini 0.7730, target kenaikan yang berpotensi dicapai adalah 0.7770 atau ke 0.7814.

Dengan momentum wave yang masih bullish(HL,HH,HL,HH) ketika ini, AUD/USD dilihat berpotensi untuk melakukan retracement ke sekitar harga support 0.7600/14 sebelum ia meneruskan lagi kenaikan. Walaubagaimanapun, jika breakout support 0.7600 ini, ia kemungkinan akan mencapai ke sekitar harga 0.7530/40 sebelum ia kembali bullish.

Oleh itu, peluang yang boleh diperhatikan pada minggu ini adalah pada harga yang berpotensi untuk ia melakukan pullback iaitu 0.7614 atau di sekitar 0.7540.

USD/JPY – Analisa Mingguan 3 Julai – 7 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily


Secara teknikal, pergerakan momentum bagi USD/JPY menunjukkan bullish mulai mengorah langkah untuk bullish dan sebarang kelemahan USD/JPY ketika ini adalah retracement dan berpeluang tinggi untuk ‘long’ di sekitar harga terbaik sebelum ianya bullish.

Jika bullish, target kenaikan yang berpotensi untuk dicapai adalah di sekitar harga 113.30/114.30. Dan jika breakout Key Resistance mingguan ia akan ke harga yang lebih tinggi lagi. Jadi selagi USD/JPY tidak breakout harga di sekitar zone Key Support ini, kebarangkalian untuk ia bullish masih tinggi ketika ini.

Walaubagaimanapun, jika breakout Key Support, ia akan mulai bearish dan bakal menguji semula harga 109.30 iaitu HL terhampir. Oleh itu, Key Support minggu ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan samaada ia akan dibreakout atau sebaliknya.

GBP/JPY – Analisa Mingguan 3 Julai – 7 Julai 2017 – Rujukan Chart TF Daily


Pada minggu ini GBP/JPY dilihat masih dalam momentum bullish berikutan terbentuknya candlestick morubozu di timeframe mingguan. Direkodkan kenaikan pada minggu lalu mencecah lebih kurang 600 pips.

GBP/JPY berpotensi untuk terus bullish pada minggu ini sekiranya ia berjaya untuk breakout Key Resistance minggu ini iaitu 147.80. Dan jika breakout, target kenaikan yang berpotensi dicapai adalah sekitar harga 149.50/00 atau ke harga yang lebih tinggi lagi.

Jadi, peluang yang boleh diperhatikan sebelum ia bullish adalah di sekitar harga yang berpotensi untuk ia melakukan retracement iaitu di sekitar support-support terhampir 145.00 – 143.50. Kesimpulannya, kebarangkalian untuk ia meneruskan lagi kenaikan masih tinggi ketika ini selagi ia tidak breakout Key Support 139.00.

Share This Post