Quotes by TradingView

Share This Post

Analisa Teknikal Mingguan / AUD/USD / EUR/USD / GBP/JPY / GBP/USD / USD/JPY

Analisa Teknikal Mingguan 7 Ogos – 11 Ogos 2017

EUR/USD – Analisa Mingguan 7 Ogos – 11 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, harga EUR/USD berjaya membentuk new HH sekitar harga 1.1900 setelah ia breakout Key Resistance tetapi ia mulai membuat penurunan retracement selepas data NFP Jumaat lalu dikeluarkan. Penurunan direkodkan lebih kurang 150 pips dengan menuju semula sekitar harga low ia mulai bullish pada Isnin 31.7.2017 iaitu 1.1730.

telegram-moshed

Jadi pada minggu ini, jika diperhatikan penurunan pada minggu lalu tidak menyebabkan ia bertukar arah. Momentum wave ketika ini masih dalam keaadan bullish(HL,HH,HL,HH) dan peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah ‘long’ selagi ia tidak breakout Key Support.

Harga sekitar 1.1630 – 1.1480 adalah harga yang boleh diperhatikan dan berpotensi untuk membentuk ‘RBS’ dan jika breakout Key Resistance 1.1900 ini, EUR/USD akan mencapai ke harga yang lebih tinggi lagi bagi membentuk new HH. Target bullish adalah ke sekitar 1.2000 – 1.2150. Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Support 1.1290/1.1300, kebarangkalian masih tinggi untuk ia bullish ketika ini dan peluang entry boleh diperhatikan di timeframe yang lebih kecil.

GBP/USD – Analisa Mingguan 7 Ogos – 11 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Secara teknikal, pergerakan wave bagi GBP/USD masih dikuasai mood bullish ketika ini dan minggu lalu ia telah melakukan pullback bearish dan kini menghampiri support zone sekitar harga 1.2964 – 1.3030. Jika ia tidak breakout support terhampir ini dan membentuk buy signal sekitarnya, GBP/USD berpotensi untuk mulai mengorak langkah untuk kembali bullish.

Manakala jika breakout, peluang seterusnya yang boleh diperhatikan adalah di sekitar harga support 1.2814/00 sebelum ia bullish. Target bullish jika ia tidak breakout support terhampir adalah ke skitar Key Resistance minggu ini iaitu 1.2164/50.

Jadi kesimpulannya, Team Analisa berpendpaat GBP/USD masih dalam mood bullish selagi harga masih berada di atas paras harga 1.2600 dan sebarang penurunan adalah pullback sebelum ia meneruskan lagi kenaikan.

AUD/USD – Analisa Mingguan 7 Ogos – 11 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Minggu lalu, harga AUD/USD mulai melakukan retracement bearish setelah ia gagal untuk breakout Key Resistance yang berada pada harga 0.8050. Harga sekitar 0.7880 – 0.7830 masih berpotensi untuk membentuk new HL dan peluang untuk ‘long’ masih positif sekiranya ia masih gagal untuk dibrekaout.

Walaubagaimanapun, jika breakout Key Support ini ia akan mencapai ke harga support terhampir iaitu 0.7730/50 sebelum ia kembali bullish. Dan target kenaikan terhampir untuk minggu ini adalah ke sekitar Key Resistance 0.0850 dan jika breakout ia akan mencapai ke harga yang lebih tinggi lagi bagi membentuk new HH. Kesimpulannya, momentum wave masih dikuasai mood bullish(HL,HH,HL,HH) ketika ini berbanding bearish selagi ia tidak breakout Key Support mingguan.

USD/JPY – Analisa Mingguan 7 Ogos – 11 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily


Jika diperhatikan, USD/JPY masih berada dalam wave bearish ketika ini(LH,LL,LH,LL) dan secara teknikalnya kenaikan pada mingggu lalu adalah retracement. Pada minggu ini, peluang untuk ia bearish adalah tinggi selagi ianya tidak breakout zone resistance terhampir iaitu 112.00/64.

Jika breakout, ia akan mencapai ke harga yang lebih tinggi tetapi sekiranya ia masih berada di bawah paras harga 112.00, potensi masih ke arah bearish ketika ini. Target bearish adalah ke sekitar harga support mingguan terhampir iaitu 109.30 dan jika breakout ia akan menuju ke harga yang lebih rendah lagi pada minggu ini.

Oleh itu, resistance sekitar harga 112.00/64 ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan pada minggu ini.

GBP/JPY – Analisa Mingguan 7 Ogos – 11 Ogos 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, harga GBP/JPY minggu lalu mulai membuat pengerakan bullish pada awal minggu lagi tetapi ia mulai bearish selepas pengumuman polisi monetari BOE dan secara teknikalnya, ia tidak berjaya untuk breakout resistance terhampir iaitu 146.50/64.

Jadi pada minggu ini, jika diperhatikan GBP/JPY telah membentuk bearish morubozu Jumaat lalu dan selagi ia tidak breakout harga 147.64/80, kebarangkalian masih tinggi untuk ia bearish. Dan jika breakout 144.30, target bearish terhampir adalah ke sekitar harga 143.50 atau ke harga yang lebih rendah lagi bagi membentuk new LL iaitu 142.50.

Oleh itu, selagi harga masih berada di bawah paras harga Key Resistance mingguan ini, mood masih kuat ke arah bearish ketika ini.

 

Share This Post