Analisis GBP/USD: Sterling Disokong Kenaikan Euro & Kelemahan USD

0 606

Matawang GBP melonjak ke paras tertinggi sehingga mencapai paras tertinggi September lalu tanpa menghiraukan kebimbangan terhadap rundingan Brexit fasa kedua. GBP mendapat sokongan disebabkan kelemahan US dolar dan juga pengukuhan matawang Euro.

Pasangan matawang GBP/USD memulih semula selepas hampir merekodkan kerugian minggu ini dengan membuat lonjakan sehingga 180 pip dari paras terendah Khamis. Tumpuan untuk pasangan matawang ini akan beralih kepada data inflasi Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam ini.

Kelemahan matawang GBP pada awal minggu ini adalah disebabkan sentimen Brexit dan juga data ekonomi yang mengecewakan.

Matawang GBP seperti diheret ke paras tertinggi dengan penjualan US dolar ketika ini yang mana GBP sepatutnya ia boleh pergi lebih tinggi tahun lepas. Namun GBP gagal pergi lebih tinggi disebabkan isu politik dan ekonomi di masa hadapan khususnya Brexit.

Jika dilihat dari segi bacaan inflasi UK tahun lalu, sepatutnya Bank of England (BoE) boleh menaikkan kadar faedah lebih tinggi berbanding 0.50% ketika ini. Namun, disebabkan isu ketidaktentuan Brexit, ia perlu diambilkira oleh bank pusat dalam penetapan polisi monetari UK walaupun kadar faedah meningkat ke paras yang tinggi.

Pedagang-pedagang matawang GBP akan terus memberi perhatian kepada rundingan Brexit dengan Morgan Stanley dikatakan akan memindahkan ibu pejabatnya di Frankfurt.

Tumpuan malam ini

Tumpuan untuk GBP/USD malam ini adalah kepada data inflasi Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam. Dengan US dolar yang sedia lemah letika ini, bacaan yang kurang daripada jangkaan akan menyebabkan kenaikan GBP/USD ke tahap yang lebih tinggi.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa