Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Terkini

Analisis Ampuh Kerap Digunakan, Meramalkan Pergerakan Pasaran Melalui Kitaran Perniagaan

Analisis Ampuh Kerap Digunakan, Meramalkan Pergerakan Pasaran Melalui Kitaran Perniagaan

Analisis fundamental adalah sebuah bidang yang mengkaji faktor-faktor yang mendasari pergerakan pasaran terutama yang memberi kesan pada ekonomi. Selain analisis indikator ekonomi, faktor sosial, politik dan polisis kerjaan, kitaran perniagaan juga penting kerana ia merupakan elemen fundamental sesebuah ekonomi.

Konsep asas, prestasi pelaburan akan memberi kesan kepada ekonomi. Justeru, jangkaan pulangan akan berubah-ubah bergantung kepada indikator ekonomi antara yang penting ialah inflasii. Maka penting untuk kita ambil perhatian trend ekonomi sebagai pertimbangan strategi pelaburan kita.

Dengan berpandukan kitaran perniagaan, ia boleh memberi indikasi untuk meramalkan keadaan ekonomi seterusnya dengan sedikit bantuan analisis teknikal dan fundamental kita dapat membuat jangkaan terhadap pergerakan harga dan trend pasaran baik saham mahupun forex.

Kitaran perniagaan (economic cycles/business cycles) melibatkan dua titik perubahan iaitu titik atas ialah puncak pusingan, manakala titik paling bawah menunjukkan keadaan meleset.

Pergerakan daripada puncak kepada peringkat paling rendah dipanggil pengucupan manakala pergerakan daripda peringkat paling rendah kepada puncak dipanggil perkembangan. Pengucupan yang nyata dikatakan kemelesetan.

Istilah ; Permintaan agregat ialah jumlah akhir permintaan bagi barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi (Y) pada masa dan tingkat harga yang ditentukan. Bahasa mudah jumlah barang dan perkhidmatan yang ingin dibeli setiap orang pada setiap tingkat harga.

Di peringkat paling rendah, permintaan agregat paling rendah, keluaran rendah dan harga paling rendah. Oleh kerana permintaan agregat rendah, keadaan ekonomi bertambah buruk. Permintaan terhadap wang untuk mebiayai kegiatan perniagaan terlalu rendah sehingga bank mempunyai jumlah pinjaman yang berlebihan. Untuk menggalakkan peminjaman, bunga dikenakan kepada peminjam juga rendah.

Di peringkat perkembangan atau pemulihan, permintaan agregat dan kegiatan perniagaan akan meningkat. Fasa pemulihan menandakan tempoh apabila ekonomi mula-mula pulih daripada kemelesetan atau kelembapan. Para pembeli akan meramalkan bahawa harga akan naik, lalu mereka ingin membeli lebih bnayak barangan sebelum harga naik. Diperingkat ini lebih banyak peluang pekerjaan dicipta kerana permintaan telah bertambah. Keadaan ini juga mendorong para pelabur untuk melabur dan bank pula mahu meminjamkan wang kepada pelanggan. Bagi pihak kerajaan pula, biasa akan terdapat insiatif rangsangan kerajaan yang dilaksanakan seperti rangsangan fiskal atau pengamalan kadar faedah yang rendah.

Semasa peringkat kemuncak perniagaan (boom) atau ekonomi mewah, permintaan agregat tinggi dan punca-punca ekonomi berada pada tingkat gunatenaga penuh. Firma-firma ingin meluaskan kegiatan untuk memenuhi permintaan orang ramai terhadap barangan. Inflasi semakin meningkat dan firma juga akan membayar upah yang lebih kepada para pekerja kerana berlaku kekurangan tenaga pekerja. Untuk memerangi kenaikan inflasi, bank-bank pusat menaikkan kadar faedah. Lebih banyak wang dipinjam,maka kadar bunga akan cenderung naik.

Peringkat penguncupan pula akan mewujudkan keadaan pengangguran yang meningkat. Ekonomi menjadi perlahan, biasanya akibat kadar faedah yang lebih tinggi. Keyakinan perniagaan mula goyah, dan firma mula mengurangkan inventori mereka, sekali gus memberi kesan tidak langsung terhadap pengangguran dan perbelanjaan sektor swasta. Pada peringkat ini akan mewujudkan keadaan pengangguran yang menigkat. Pada peringkat ini pinjaman yang dicipta oleh bank merosot dan harga jatuh. Pelaburan juga jatuh kerana ahli perniagaan tidak berminat memperbesar perniagaan mereka. Disebabkan oleh peningkatan harga, permintaan telah berkurangan dan ekonomi telah meleset. Ia berada dalam tempoh deflasi, aktiviti ekonomi adalah rendah. Keadaan ini biasanya diikuti oleh pengurangan harga yang berubah kepada deflasi.

Lama-kelamaan kegiatan ekonomi kembali seperti keadaan semasa kemelesetan. Secara teknikal kemelesetan wujud apabila KDNK sebenar jatuh berterusan. Dalam fasa ini, selalunya terdapat kemerosotan inventori yang besar dan penurunan dalam pelaburan perniagaan. Pengangguran boleh meningkat dengan cepat, sekali gus menekan inflasi turun. Perbelanjaan pengguna untuk barang-barang tahan lama merosot. Dalam kemelesetan teruk, sistem kewangan mungkin tertekan oleh hutang lapuk, lantas membuatkan bank-bank berhati-hati memberi pinjaman.

Akhirnya, tuntutan akan mula meningkat lagi akibat daripada harga yang rendah dan syarat untuk memasuki fasa pengembangan telah diwujudkan.

Membuat ramalan berdasarkan kitaran perniagaan sesbuah negara dan pasaran tidak semudah itu, ia memerlukan pemahaman yang luas. Maka sebaik-baiknya  pelabur lebih baik menumpukan pada beberapa senario yang mungkin berlaku dan ramalkan trend pergerakan matawang bagi forex, bagi saham bagaimana saham syarikat akan perform dalam situasi tersebut. Kitaran perniagaan pula dijadikan latar analisis kerana ia memberi pencerahan yang mendalam terhadap latar ekonomi bagi sesebuah negara yang kita ingin laburkan.

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!