Analisis Fundamental Sentimen GBP/USD – Adakah Akan Meneruskan Kenaikan?

0 812

Pair GBP/USD berhadapan kesukaran untuk membuat kenaikan pada Rabu selepas data-data ekonomi yang dikeluarkan hari ini. Pergerakan pasangan matawang ini boleh dikatakan volatile sejak daripada pukul 4 petang Rabu.

Ada dua data penting kepada GBP/USD pada Rabu iaitu data pengeluaran pembuatan (manufacturing production) yang merosot 0.2% berbanding jangkaan kenaikan 0.2%. Ini adalah data yang menyebabkan GBP/USD jatuh pukul 4.30 petang sehinggalah data harga pengguna (CPI) dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi.

Data CPI Amerika Syarikat pula bercampur-campur dengan bacaan bulanan yang meleset tetapi dengan peningkatan bacaan tahunan.

GBP/USD pada mulanya jatuh 60 pip dari paras tertinggi sebelum membuat kenaikan semula sebanyak 60 pip dari paras terendah.

Apakah tumpuan semasa kepada GBP/USD?

Pasaran akan tertumpu kepada minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan pada pukul 2 pagi hari Khamis. Selepas itu, ucapan gabenor Carney pula akan diteliti pada sesi London hari yang sama.

Jangan lupa dengan faktor pergerakan US dollar yang disebabkan oleh sentimen pasaran, kerana isu geopolitik AS-Rusia adalah tumpuan pasaran ketika ini.

Sebelum ini beberapa penganalisis menjangka kenaikan matawang GBP sepanjang bulan April. Lebih aggresif lagi, ada penganalisis yang menjangkan kenaikan GBP/USD dalam tempoh beberapa minggu atau bulan akan datang.

Akhir sekali, kenaikan matawang GBP ketika ini juga disokong oleh potensi kenaikan kadar faedah Bank of England (BoE) pada bulan Mei.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa