Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (12 September 2018)

0 264

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang neutral.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 2 Oktober 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
  • Kadar faedah yang rendah terus menyokong ekonomi Australia.
  • Kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah di empat bank utama Australia akan mendorong RBA memotong (bukan menaikkan) kadar faedahnya.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Ekonomi Australia berkembang 3.4% pada suku kedua 2018 berbanding suku tahun sebelumnya iaitu 3.1%.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) Australia meningkat kepada 2.1% daripada 1.9% sebelumnya manakala pasaran menjangkakan kenaikan 2.2%.
  • Kadar pengangguran di Australia turun ke 5.3% pada Julai daripada 5.4% sebelumnya. Dibawah jangkaan bank pusat iaitu 5.5%.

PLAN: SELL AUD

  • Bank-bank di Australia menaikkan kadar mortgage. Meningkatkan jangkaan bahawa RBA akan mengekalkan kadar faedah sedia ada supaya tidak membebankan pengguna dan mengelakkan masalah pasaran perumahan.
  • Tumpuan utama pasaran ketika ini adalah kepada pertelagahan AS-China yang memaksa pelabur terus berhati-hati sekaligus permintaan terhadap aset yang mempunyai pulangan tinggi merosot.
Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa