Analisis Fundamental & Sentimen Matawang AUD Hari Ini (14 September 2018)

0 168

FUNDAMENTAL: NEUTRAL

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
  • Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang neutral.
  • Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 2 Oktober 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
  • Kadar faedah yang rendah terus menyokong ekonomi Australia.
  • Kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah di empat bank utama Australia akan mendorong RBA memotong (bukan menaikkan) kadar faedahnya.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBA

  • Ekonomi Australia berkembang 3.4% pada suku kedua 2018 berbanding suku tahun sebelumnya iaitu 3.1%.
  • Inflasi harga pengguna (CPI) Australia meningkat kepada 2.1% daripada 1.9% sebelumnya manakala pasaran menjangkakan kenaikan 2.2%.
  • Kadar pengangguran di Australia turun ke 5.3% pada Julai daripada 5.4% sebelumnya. Dibawah jangkaan bank pusat iaitu 5.5%.

PLAN: BUY AUD

  • Data pekerjaan di Australia mencatatkan rekod bacaan yang positif.
  • Tumpuan utama pasaran ketika ini adalah kepada pertelagahan AS-China yang sedikit reda selepas laporan mengatakan bahawa AS bersedia untuk meneruskan lebih banyak rundingan perdagangan bersama China.
Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa