Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (24 Ogos 2018)

0 267

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
  • Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah daripada 1.25% kepada 1.50% seperti jangkaan dan menyampaikan kenyataan yang agak hawkish (baik).
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 5 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 12 ).
  • BOC: Kadar faedah akan terus meningkat pada kadar yang beransur-ansur.
  • Gabenor BOC Poloz: Ekonomi berada dalam keadaan baik serta pasaran pekerjaan mengukuh.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Kanada meningkat 2.30% pada suku pertama 2018 sekaligus melebihi unjuran bank pusat Canada iaitu 1.9%.
  • Kanada mengeluarkan laporan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan kenaikan besar sebanyak 54,100 pekerjaan dan kadar pengangguran turun kepada 5.8 peratus pada bulan Julai.
  • Kadar inflasi di Kanada meningkat kepada 3% pada bulan Julai 2018 daripada 2.5 peratus pada bulan Jun, di atas jangkaan pasaran sebanyak 2.5%. Ia adalah kadar inflasi tertinggi sejak September 2011.

PLAN: BUY CAD

  • Kadar inflasi di Kanada melonjak ke paras tertinggi sejak 2011. Kemungkinan kenaikan kadar faedah pada bulan October meningkat.
  • Harga minyak, salah satu eksport utama Kanada, meningkat apabila para pelabur mengjangkakan kejatuhan pengeluaran minyak dari Iran dan penurunan inventori minyak mentah di AS.
Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa