Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (5 September 2018)

0 376

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
  • Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah daripada 1.25% kepada 1.50% seperti jangkaan dan menyampaikan kenyataan yang agak hawkish (baik).
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 5 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 12 ).
  • BOC: Kadar faedah akan terus meningkat pada kadar yang beransur-ansur.
  • Gabenor BOC Poloz: Ekonomi berada dalam keadaan baik serta pasaran pekerjaan mengukuh.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Kanada meningkat 2.30% pada suku pertama 2018 sekaligus melebihi unjuran bank pusat Canada iaitu 1.9%.
  • Kanada mengeluarkan laporan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan kenaikan besar sebanyak 54,100 pekerjaan dan kadar pengangguran turun kepada 5.8 peratus pada bulan Julai.
  • Kadar inflasi di Kanada meningkat kepada 3% pada bulan Julai 2018 daripada 2.5 peratus pada bulan Jun, di atas jangkaan pasaran sebanyak 2.5%. Ia adalah kadar inflasi tertinggi sejak September 2011.

PLAN: TIADA TRADE UNTUK CAD. KENYATAAN BOC HARI INI.

  • Ekonomi (GDP) di Kanada berkembang pada kadar lebih perlahan pada suku kedua daripada ramalan pasaran sekaligus mengjangkakan Bank of Canada akan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat minggu ini.
  • Tiada persetujuan dalam perundingan perdagangan bersama AS pada Jumaat lepas.

 

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa