Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CAD Hari Ini (6 September 2018)

0 241

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
  • Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah daripada 1.25% kepada 1.50% seperti jangkaan dan menyampaikan kenyataan yang agak hawkish (baik).
  • Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 24 Oktober 2018.
  • Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 12 ).
  • BOC: Mengjangkakan kadar inflasi akan mencapai 2% pada awal 2019.
  • BOC: Pelaburan perniagaan, aktiviti eksport, pekerjaan dan penggunaan semakin meningkat.

DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA

  • Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Kanada meningkat 2.30% pada suku pertama 2018 sekaligus melebihi unjuran bank pusat Canada iaitu 1.9%.
  • Kanada mengeluarkan laporan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan kenaikan besar sebanyak 54,100 pekerjaan dan kadar pengangguran turun kepada 5.8 peratus pada bulan Julai.
  • Kadar inflasi di Kanada meningkat kepada 3% pada bulan Julai 2018 daripada 2.5 peratus pada bulan Jun, di atas jangkaan pasaran sebanyak 2.5%. Ia adalah kadar inflasi tertinggi sejak September 2011.

PLAN: TIADA TRADE UNTUK CAD. RISIKO TERHADAP NAFTA.

  • Perkembangan dalam rundingan NAFTA, di mana Trump menggesa untuk memuktamadkan perjanjian sama ada perjanjian dipersetujui atau sebaliknya. Perdana Menteri Trudeau pula menegaskan bahawa Kanada tidak akan menandatangani perjanjian yang merugikan negaranya.
Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa