Analisis Fundamental & Sentimen Matawang CHF Hari Ini (12 September 2018)

0 342

CHF

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari Swiss National Bank ).
  • Swiss National Bank (SNB) sebelum ini mengumumkan bahawa ia memutuskan untuk mengekalkan dasar monetary semasa dengan kadar median pada -0.75%.
  • Mesyuarat SNB seterusnya adalah pada 13 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan adalah inflasi dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat SNB (Unjuran bank pusat SNB ).
  • Para penggubal dasar menegaskan bahawa kadar faedah negatif dan kesediaan SNB untuk campur tangan (intervene) dalam pasaran pertukaran asing seperti yang diperlukan tetap penting untuk meringankan tekanan pada franc Swiss.
  • SNB dijangka mula mempertimbangkan untuk mengetatkan polisi monetari, memandangkan ECB mengumumkan pengurangan QEnya menjelang akhir September 2018.

DATA EKONOMI TUMPUAN SNB

  • Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Switzerland berkembang 3.40 peratus pada suku kedua 2018 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan di Switzerland meningkat kepada 1.1% pada bulan Jun 2018 daripada 1.0% pada bulan sebelumnya dan sejajar dengan jangkaan pasaran. Ia adalah kadar inflasi pengguna tertinggi sejak Mei 2010.

PLAN: BUY CHF

  • Sentimen positif di Zon Eropah ekoran jangkaan ECB untuk menaikkan kadar faedah akan mempengaruhi matawang CHF.
  • Sentimen pasaran yang berisiko atas krisis geopolitik.
Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa