Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EURO Hari Ini (14 September 2018)

0 305

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 13 September.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 25 Oktober 2018.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
  • ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
  • Komen hawkish dari Mario Draghi. Beliau berkata inflasi utama akan meningkat hujung tahun.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro mencapai 8.2% pada bulan Julai 2018, sama seperti pada bulan sebelumnya dan kadar terendah sejak November 2008.
  • Data GDP (KDNK) di Euro meningkat 2.1% pada suku kedua 2018, penurunan daripada 2.5% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro berkurangan kepada 2% pada bulan Ogos 2018 berbanding sebelumnya sebanyak 2.1%, jangkaan pasaran sebanyak 2.1%.

PLAN: BUY EURO.

  • Komen yang positif dari Mario Draghi berkaitan inflasi di Euro.
  • Perundingan Brexit yang dijangka mencapai persetujuan.
Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa