Analisis Fundamental & Sentimen Matawang EURO Hari Ini (21 Ogos 2018)

0 496

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 14 Jun dan berkata kadar bulanan pembelian asset (Quantitative Easing) bersih akan dikurangkan kepada 15 bilion Euro dari September hingga Disember 2018, dan akan berakhir.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 13 September 2018.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
  • ECB mengekalkan dasar kewangan QE mereka dan tidak memberi sebarang perubahan dalam jadual waktu untuk beralih dari dasar kadar faedah yang rendah dan untuk menamatkan program pembelian bon asetnya.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro tidak berubah pada 8.3% pada bulan Jun 2018, sama seperti angka bulan sebelumnya dan selaras dengan jangkaan pasaran.
  • Data GDP (KDNK) di Euro meningkat 2.1% pada suku kedua 2018, penurunan daripada 2.5% pada tempoh sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan Euro pada 2.18% pada Julai 2018, meningkat daripada 2% pada bulan sebelumnya dan tertinggi sejak Disember 2012.

PLAN: BUY EURO

  • Menteri Kewangan Turki Berat Albayrak menyatakan bahawa Qatar berjanji untuk membuat pelaburan langsung $15 bilion ke dalam pasaran kewangan dan bank-bank Turki. Mengurangkan kegelisahan terhadap isu AS-Turki.
  • Kritikan Trump terhadap FED menyebabka kelemahan USD sekaligus memberi kesan positif terhadap matawang Anti-USD iaitu EURO.
Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa