Analisis Fundamental & Sentimen Matawang Euro Hari Ini (9 November 2018)

0 260

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
  • ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 25 Oktober.
  • Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 13 Disember 2018.
  • Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
  • ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
  • ECB mengulangi bahawa kadar faedah tidak akan berubah menjelang musim panas 2019.
  • ECB menjelaskan pembuat polisi tidak membincangkan halatuju masa hadapan buat masa sekarang dan menekankan risiko yang terdapat di Itali dan Brexit.

DATA EKONOMI TUMPUAN ECB

  • Kadar pengangguran di Kawasan Euro mencapai 8.2% pada bulan Julai 2018, sama seperti pada bulan sebelumnya dan kadar terendah sejak November 2008.
  • Data GDP (KDNK) di Euro hanya meningkat 1.7% tahun ke tahun pada suku ketiga 2018. Menurun daripada 2.2% sebelumnya.
  • Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro meningkat kepada 2.2% pada Oktober 2018 daripada 2.1% pada bulan sebelumnya dan sejajar dengan jangkaan pasaran.

PLAN: SELL EURO.

  • Aktiviti perkilangan zon Eropah berkembang pada kadar yang paling lemah sejak dua tahun lepas selepas terdapat kejatuhan dalam sektor eksport sejak akhir tahun 2014.
  • Krisis Itali. Pesuruhjaya Ekonomi Eropah Pierre Moscovici memberi amaran bahawa E.U akan mengenakan sekatan terhadap Itali jika kerajaan Itali tidak mengubah bajetnya.
  • Suruhanjaya Eropah merendahkan ramalan pertumbuhan zon Eropah untuk 2019 daripada 2.0% kepada 1.9% ekoran ketegangan perdagangan global, krisis Itali dan Brexit.

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa