Analisis Fundamental & Sentimen Matawang NZD Hari Ini (6 September 2018)

0 207

FUNDAMENTAL: DOVISH

  • Klik di sini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve Bank New Zealand ).
  • RBNZ mengekalkan kadar faedah di New Zealand pada 1.75% dengan beberapa petunjuk yang agak dovish (buruk).
  • Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 27 September 2018.
  • Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBNZ (Unjuran bank pusat RBNZ – Muka surat 35 ).
  • Bank pusat New Zealand itu berkata keyakinan rendah dalam perniagaan boleh memburukkan pelaburan dan gunatenaga (employment) di negara itu.
  • RBNZ mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi (GDP), kadar faedah, dan tukaran matawang.
  • Kadar faedah di New Zealand kemungkinan dinaikkan pada Disember 2020. Sebelum ini jangkaan Mac 2020.

DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ

  • KDNK di New Zealand menurun ke 2.7% pada suku tahun pertama berbanding 2.9% perkembangan pada suku tahun sebelumnya.
  • Kadar inflasi meningkat ke 1.5% pada suku tahun kedua 2018 berbanding 1.1% pada sebelumnya.

PLAN: SELL NZD

  • RBNZ menjangka pertumbuhan ekonomi New Zealand lebih perlahan.
  • Jangkaan untuk kenaikan kadar faedah dialih daripada September 2019 ke September 2020.
  • Pasaran Asia melemah. Risiko terhadap perang dagang antara AS-China.
Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa