Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (20 Ogos 2018)

0 600

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedah pada 2 Ogos di paras 2.00% dengan kenyataan yang baik (hawkish).
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 27 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • FOMC berkata bahawa aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kuat.
  • Perbelanjaan isi rumah dan pelaburan tetap perniagaan telah meningkat dengan pesat.

 DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran AS turun kepada 3.9 peratus pada Julai 2018 daripada 4.0 peratus pada bulan Jun.
  • Ekonomi AS mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 4.1 peratus pada suku tahun kedua pada 2018, jauh melebihi perkembangan 2.2 peratus yang meningkat pada tempoh sebelumnya dan selaras dengan jangkaan pasaran.
  • Kadar inflasi tahunan AS berjumlah 2.9% pada Julai 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan sedikit di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3%. Namun, inflasi kekal pada paras tertinggi sejak Februari 2012.
  • Purata pendapatan meningkat 0.3% pada bulan Julai selepas meningkat 0.1% pada bulan Jun. (Impak kepada inflasi)

PLAN: SELL USD

  • Sentimen pasaran yang positif buat masa sekarang akan membuat matawang yang mempunyai hasil tinggi seperti AUD dan NZD lebih menarik daripada USD.
  • Jangkaan terdapat aktiviti pengambilan untung posisi BUY USD menjelang minit mesyuarat FOMC minggu ini.
Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa