Analisis Fundamental & Sentimen Matawang USD Hari Ini (27 Ogos 2018)

0 591

FUNDAMENTAL: HAWKISH

  • Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
  • Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedah pada 2 Ogos di paras 2.00% dengan kenyataan yang baik (hawkish).
  • Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 27 September 2018.
  • Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
  • FOMC berkata bahawa aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kuat.
  • Perbelanjaan isi rumah dan pelaburan tetap perniagaan telah meningkat dengan pesat.

DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE

  • Kadar pengangguran AS turun kepada 3.9 peratus pada Julai 2018 daripada 4.0 peratus pada bulan Jun.
  • Ekonomi AS mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 4.1 peratus pada suku tahun kedua pada 2018, jauh melebihi perkembangan 2.2 peratus yang meningkat pada tempoh sebelumnya dan selaras dengan jangkaan pasaran.
  • Kadar inflasi tahunan AS berjumlah 2.9% pada Julai 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan sedikit di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3%. Namun, inflasi kekal pada paras tertinggi sejak Februari 2012.
  • Purata pendapatan meningkat 0.3% pada bulan Julai selepas meningkat 0.1% pada bulan Jun. (Impak kepada inflasi)

PLAN: SELL USD

  • Trump tidak berpuas hati dengan langkah Federal Reserve untuk menaikkan kadar faedah.
  • Laporan FOMC minggu lepas menyatakan kebimbangan mengenai perdagangan.
  • Ucapan yang dovish dari Jerome Powell di Jackson Hole. Beliau tidak melihat ekonomi AS terlalu laju sekaligus mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan dilakukan beransur-ansur.
Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa