Analisis Pair GBP/JPY : Dua Faktor Utama Penggerak Matawang Ini

0 822

Kelemahan matawang Yen sepanjang minggu ini telah banyak membantu pasangan matawang GBP/JPY mengekalkan pengukuhannya walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan politik Britain.

Peningkatan permintaan terhadap matawang Pound sejak dua minggu lepas telah memudahkan pair GBP/JPY untuk membuat kenaikan dan merekodkan kenaikan 400 pip sejak 28 Jun yang lepas.

Dalam dagangan hari Selasa, pasangan matawang ini membuat kenaikan sejak sesi Asia sehinggalah pada sesi New York di mana GBP/JPY berjaya mencapai paras tertinggi 147.65 iaitu paras terbaik sejak dua minggu lepas.

Walaupun dengan ketidaktentuan politik di Britain, berkemungkinan pasangan matawang GBP/JPY terus membuat kenaikan berikutan tindakan pelabur yang terus menjual aset safe-haven Yen. Walaubagaimanapun, sedikit sahaja kejutan dalam isu perdagangan boleh menyebabkan kejatuhan mendadak khususnya jika ketegangan semakin memuncak antara AS-China dalam isu perdagangan.

Matawang GBP Membuat Pemulihan Dengan Risiko Politik Sedikit Reda

Matawang GBP membuat junaman pada Isnin berikutan perletakan jawatan oleh dua menteri kanan Britain. David Davis (Menteri Brexit) dan Boris Johnson (Menteri Luar) meletakkan jawatan sebaga respon penentangan mereka terhadap perancangan Brexit Perdana Menteri Theresa May.

Ia telah menyebabkan GBP menjunam pada mulanya sebelum membuat sedikit pemulihan pada Isnin. Namun, penganalisis berpendapat kedudukan May kekal kukuh walaupun dengan perletakan jawatan dua menteri kanan. Oleh sebab itu, GBP meneruskan pemulihan pada Selasa, sebelum data pengeluaran sektor pembuatan dan industri dikeluarkan petang tadi yang merekodkan bacaan tidak memberangsangkan.

Permintaan Safe-Haven Berkurangan Berikutan Sentimen Risk-On

Walaupun perang perdagangan AS-China telah bermula, Yen gagal mendapat permintaan berterusan, malahan sentimen kini dilihat semakin baik dengan peningkatan indeks saham global secara keseluruhan.

Sentimen yang positif juga menambah permintaan terhadap matawang berisiko, dalam masa yang sama mengurangkan permintaan Yen.

Untuk mendagangkan pasangan matawang ini, dua perkara yang perlu dilihat adalah perkembangan politik Britain, sama ada Theresa May akan berhadapan dengan tentangan daripada ahli parlimen Konservatif atau masih mengukuhkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Kedua adalah perkembangan dalam isu perdagangan selepas Amerika Syarikat mengenakan tariff secara rasmi terhadap China pada minggu lalu.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa