Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 12/9/2018

0 310

Pandangan teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD masih di bawah paras SBR (support become resistance) di 0.71300 sejak Jumaat setelah penurunan harga dibuat ekoran bacaan data pekerjaan di AS yang positif mengukuhkan lagi nilai matawang USD. Pergerakan harga dilihat agak mendatar pada minggu ini dengan julat pergerakan harga hanya sekitar 40 pips sahaja sejak Isnin lalu. Semalam, harga dilihat menguji support 0.70900 namun tidak berjaya menembusi (breakout) paras tersebut sebelum kembali ke daily pivot (0.7114) semalam. Pada sesi pasaran Asia dibuka hari ini, harga terus didagangkan lemah berikutan Aussie yang turut terkesan dengan ketegangan perang dagang di antara AS-China di mana Presiden Trump menyatakan akan mengenakan tarif tambahan terhadap barangan China.

Harga dilihat telah kembali bergerak di atas paras daily pivot (0.71094) hari ini dan dilihat cuba untuk menguji paras resistance 0.7136 (MagicR1) yang juga dilihat berhampiran support semalam di zon harga 0.71300. Jika AUD kembali mengukuh dan harga membuat kenaikan, paras support seterusnya yang dijangka akan dicapai adalah pada paras 0.7154 (MagicR2) dan seterusnya di 0.7180 (MagicR3). Di situ juga jika diperhatikan terdapat satu zon SBR pada 0.71700 yang berkemungkinan akan menjadi tumpuan harga.

Sebaliknya, jika harga terus membuat penurunan dan breakout paras support semalam di 0.70900 yang juga merupakan support Magic Line di 0.7093 (MagicS1), harga dijangka akan meneruskan penurunan je paras support 0.7067 (MagicS2) dan seterusnya ke paras support 0.7049 (MagicS3). Penurunan yang dibuat akan melihatkan harga membuat Lower Low yang baru dan mencapai paras terendah harga sejak awal 2016 lalu.

Ikuti perkembangan isu perang dagang antara AS-China yang akan mempengaruhi pergerakan harga pada AUD/USD disebabkan Australia yang merupakan antara rakan dagang terbesar China. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line sebagai panduan dalam analisis teknikal anda.

Paras support: 0.7093, 0.7067, 0.7049.

Paras resistance: 0.7136, 0.7154, 0.7180.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa