Analisis Teknikal BTC/USD – Timeframe Daily – 19/2/2018

0 623

Harga bitcoin kembali pulih sejak minggu lalu setelah ia gagal untuk breakout Key Support $5,500 dan jika diperhatikan harga kini berada di sekitar harga $10,000. Dari sudut teknikal, BTC/USD masih berada dalam satu wave bearish dan selagi ia tidak breakout trendline resistance ini, potensi masih ke arah bearish.

Walaubagaimanapun, sekiranya ia breakout Key Resistance $12,650, harga bitcoin akan mulai mengorak langkah untuk kembali pulih dan seterusnya mencapai ke level-level resistance samaada $14,151 atau lebih tinggi ke $16,850.

Oleh itu, Key Resistance ini memainkan peranan yang penting untuk menentukan pergerakan bitcoin semasa dan jika masih berada di bawah paras harga Key Resistance ini, secara teknikalnya bitcoin akan kembali bearish semula.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa