Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 14/9/2018

0 440

Lonjakan harga dapat dilihat pada chart EUR/USD semalam setelah komen yang positif daripada Mario Draghi berkenaan inflasi membantu menguatkan nilai matawang EURO. Ditambah pula dengan faktor USD yang melemah berikutan data indeks harga pengguna (CPI) di AS dicatatkan menurun dari sebelumnya dan tidak mencapai jangkaan pasaran. Berdasarkan paras tumpuan pada indicator Moshed Magic Line semalam, harga telah membuat lonjakan dari paras Magic Pivot sehingga ke paras resistance MagicR2.

Pada sesi pasaran Asia dibuka hari ini, harga bergerak perlahan di sekitar paras harga 1.1690 sebelum harga membuat sedikit kenaikan dan kelihatan menguji paras resistance 1.17200 dan di situ juga terdapat satu paras resistance 1.1725 (MagicR1) yang masih diuji harga. Harga semasa bergerak di sekitar paras 1.1709 setakat jam 4.30 petang. Jika harga membuat lonjakan dan menembusi (breakout) paras resistance tersebut, harga dijangka akan menuju ke paras resistance 1.1759 (MagicR2). Seterusnya, jika kenaikan masih diteruskan, paras yang dijangka menjadi tumpuan harga berada di sekitar paras resistance 1.1817 (MagicR3) di mana paras tersebut telah melepasi paras ketinggian yang telah dicapai harga pada bulan Julai lalu.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat terjunan ke paras Magic pivot 1.1667 dan breakout paras RBS (resistance become support) 1.16500, harga dijangka akan turun ke paras support 1.1633 (MagicS1) dan seterusnya ke paras support 1.1575 (MagicS2). Dan seterusnya paras yang menjadi tumpuan pasaran adalah pada support 1.1540 (MagicS3) yang berhampiran dengan zon major support 1.15300 dimana paras tersebut tidak berjaya ditembusi (breakout) harga sebelum ini.

Pantau posisi trade anda menjelang data jualan runcit di AS yang bakal dikeluarkan malam ini serta perhatikan paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu posisi trading anda.

 

Paras support: 1.1633, 1.1575, 1.1540.

Paras resistance: 1.1725, 1.1759, 1.1817.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa