Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 9/11/2018

0 352

Seperti jangkaan oleh pasaran, FED telah mengekalkan kadar faedah sedia ada pada kadar 2.25% dan terus optimis ke arah jangkaan kenaikan kadar faedah yang seterusnya pada Disember ini. Dengan itu, matawang USD kembali mengukuh sehingga lewat sesi pasaran New York semalam berbanding majoriti matawang utama yang lain. Sementara itu, EURO pula terus diberi tekanan bukan sahaja di atas faktor pengukuhan USD, tetapi juga dengan krisis defisit belanjawan Itali yang menambah kebimbangan terhadap pelabur seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi di Eropah. Tambahan, data imbangan dagangan di Jerman juga dicatatkan perlahan dan Bundesbank memberi amaran bahawa ekonomi di Jerman berkemungkinan mengalami kemerosotan pada suku tahun ketiga. Jika dilihat dari pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD, harga yang menguji beberapa kali paras Magic Pivot semalam kemudiannya telah membuat penurunan melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line sehingga ke paras sekitar 1.13500 berikutan USD kembali mengukuh dalam pasaran.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga kelihatan bergerak perlahan sekitar paras penurunan harga semalam di mana harga berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1386 hari ini. Jika USD terus mengukuh dan terus memberi tekanan terhadap matawang EURO, harga dilihat akan menuju ke paras support pada 1.1326 (MagicS1). Kemudiannya, harga yang meneruskan penurunan bakal menguji paras terendah harga yang lalu pada 1.13000. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga dijangka akan turun melepasi paras support pada 1.1291 (MagicS2) sebelum harga mencari paras terendah yang baru pada chart EUR/USD berkemungkinan ke paras 1.1231 (MagicS3).

Namun, jika harga kembali membuat kenaikan berkemungkinan faktor aktiviti pengambilan keuntungan pada penghujung minggu, harga mungkin membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.1386 dan menuju ke paras resistance terdekat pada 1.1422 (MagicR1). Seterusnya, kenaikan harga yang diteruskan bakal menyaksikan harga menuju ke paras resistance pada 1.1482 (MagicR2) dan kemudiannya, kenaikan harga boleh mencapai sehingga paras 1.1518 (MagicR3) sekaligus mengatasi paras ketinggian harga pada Rabu lalu.

Terus ikuti perkembangan semasa ekonomi di Eropah yang memberi kesan terhadap pergerakan harga pada chart EUR/USD terutamanya. Untuk analisis teknikal, lihat pada paras-paras tumpuan harga yang telah disediakan pada indicator Moshed Magic Line bagi memudahkan lagi analisis harian anda pada chart EUR/USD.

 

Paras support: 1.1326, 1.1291, 1.1231.

Paras resistance: 1.1422, 1.1482, 1.1518.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa