Analisis Teknikal EURCHF – Timeframe H1 – 10/8/2018

0 1,041

Sentimen semasa masih belum menyokong matawang EURO pada masa sekarang atas faktor ECB yang mengekalkan dasar kewangan QE mereka. Data-data lain seperti keyakinan pengguna, pertumbuhan ekonomi dan jualan runcit dengan catatan yang lemah membuatkan matawang EURO terus terkesan.

Sebaliknya, matawang CHF dilihat terus positif dengan sentimen pasaran semasa risk-off berikutan isu ketegangan perang dagang antara AS-China yang tidak berkesudahan.

Oleh itu, dapat diperhatikan harga terus ditekan dan mencatatkan penurunan bagi pasangan matawang EURCHF. Harga dicatatkan menurun sehingga ke paras 144.500 semalam sebelum bergerak perlahan pada awal sesi pasaran Asia.

Namun, harga menembusi (breakout) paras 144.500 dan membuat penurunan yang agak ketara sehingga petang ini. Paras terendah adalah sekitar harga 1.13830 dicatatkan. Harga berpotensi untuk turun lebih rendah ke paras 1.13400 jika pasaran kekal risk-off.

Paras support: 1.14277, 1.13927, 1.13361.
Paras resistance: 1.15093, 1.15659, 1.15959.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa