Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 13/9/2018

0 826

Secara teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY masih berada di bawah paras resistance 145.600 dan bergerak di sekitar zon tersebut. Harga dilihat membuat penurunan semalam ke bawah paras Magic Pivot semalam sebelum kembali semula melonjak dan seterusnya menguji kembali paras resistance 145.600 sebelum gagal menembusi (breakout) paras tersebut dan kembali membuat penurunan semula.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, kelihatan harga bergerak di atas paras Magic Pivot 145.102 dan hampir menuju ke paras resistance 145.534 (MagicR1) di mana harga semasa didagangkan di sekitar paras 145.420 setakat jam 4.55 petang. Jika harga berjaya melepas paras resistance MagicR1 dan juga major resistance 145.600, harga dijangka akan menuju ke paras lebih tinggi berkemungkinan ke paras resistance 146.075 (MagicR2) atau seterusnya ke paras resistance 146.511 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga gagal membuat lonjakan, jangkaan adalah penurunan harga bakal dilihat ke paras support 144.565 (MagicS1). Jika harga terus didagangkan lemah, harga berpotensi menurun ke arah support 144.129 (MagicS2) dan juga ke paras support 143.592 (MagicS3). Pasaran turut akan melihat reaksi harga pada paras major support 142.700 dimana paras tersebut gagal ditembusi (breakout) setelah beberapa kali diuji sebelum ini.

Bagi memantau pergerakan harga bagi chart GBP/JPY, ikuti perkembangan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa yang masing-masing mempengaruhi nilai matawang GBP dan JPY. Beri tumpuan juga pada paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu analisis teknikal anda.

 

Paras support: 144.565, 144.129, 143.592.

Paras resistance: 145.538, 146.075, 146.511.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa