Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 8/11/2018

0 753

Seperti dagangan sebelum ini, matawang Sterling masih didagangkan positif berbanding Yen yang masih terkesan dengan sentimen pasaran semasa yang kembali pulih. Perkembangan rundingan Brexit dilihat optimis mencapai persetujuan dalam masa terdekat dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap dagangan matawang GBP buat masa ini. Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY untuk sesi dagangan semalam, harga bergerak sederhana namun dapat dilihat kenaikan harga dibuat sehingga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line dan masih dilihat mencari paras ketinggian terbaru.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 148.819 dilihat masih cuba meneruskan kenaikan walaupun pada kadar yang perlahan. Harga telah mencapai paras ketinggian baru di paras resistance 149.304 (MagicR1) sebelum harga membuat sedikit penurunan pada sesi pasaran Eropah di mana harga semasa berada pada paras 149.130 setakat jam 3.25 petang. Jika pengukuhan Sterling berjaya meneruskan lagi kenaikan harga pada chart GBP/JPY, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 149.722 (MagicR2) dan cuba untuk mengatasi paras ketinggian harga yang dicapai September lalu. Sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian baru ke paras resistance seterusnya pada 150.207 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga gagal mengekalkan siri kenaikan harga yang dibuat sejak penghujung Oktober lalu, berkemungkinan harga akan kembali membuat penurunan semula dan dari paras harga semasa, penurunan harga dilihat akan melepasi paras Magic Pivot 148.819 dan menuju ke paras support 148.401 (MagicS1). Seterusnya, harga yang menyambung penurunan bakal menuju pula ke paras support 147.916 (MagicS2) sebelum penurunan seterusnya boleh mencecah ke paras support 147.498 (MagicS3) yang berada pada zon RBS (resistance become support) sebelum ini.

Terus ikuti perkembangan semasa dalam rundingan Brexit dan juga sentimen pasaran semasa yang masing-masing memberi kesan terhadap nilai matawang Sterling dan Yen. Teliti juga paras harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk anda mendapatkan paras yang terbaik bagi posisi dagangan harian anda pada chart GBP/JPY.

 

Paras support: 148.401, 147.916, 147.498.

Paras resistance: 149.304, 149.722, 150.207.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa