Analisis Teknikal GBP/NZD – Timeframe H1 – 7/9/2018

0 812

Tumpuan pasaran masih lagi terhadap perkembangan dalam rundingan Brexit. Pada masa sekarang, pasaran melihat matawang GBP mengukuh ekoran perkembangan Brexit yang positif dimana laporan Bloomberg menyatakan UK dan Jerman bersedia mengabaikan tuntutan penting bagi memudahkan perjanjian peralihan UK tersebut. Hal ini telah memberi impak yang positif dimana pada sesi pasaran London Rabu lalu, nilai matawang GBP dan EURO melonjak tinggi setelah keyakinan para pelabur mula meningkat.

Matawang NZD masih dilihat lemah berikutan faktor perang dagang antara AS-China menyebabkan aliran pasaran ke arah yang lebih selamat melemahkan lagi nilai matawang NZD. Seperti sedia maklum, NZD antara matawang yang tinggi pulangan akan mendapat permintaan jika sentimen dalam pasaran dilihat selamat. Namun, buat masa sekarang aktiviti perang dagang serta isu-isu besar antara ekonomi besar dunia yang sedang berlaku membuatkan pasaran dalam keadaan berisiko (risk-off) sekaligus melemahkan matawang Kiwi itu. RBNZ juga sebelum ini turut menjangka pertumbuhan ekonomi di New Zealand lebih perlahan.

Dari segi teknikal, pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/NZD semalam dilihat agak mendatar dan bergerak di antara julat harga 1.96446-1.95330. Pada Rabu lalu, pengukuhan nilai GBP telah melihatkan harga melonjak dari paras 1.95300 sehingga ke paras ketinggian 1.97500 sebelum harga kembali membuat penurunan ke paras zon harga 1.95600.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih bergerak perlahan dan belum berjaya menembusi (breakout) paras resistance 1.97000. Jika harga terus membuat kenaikan dan menembusi (breakout) paras resistance tersebut, tumpuan adalah pada major resistance di 1.98000 iaitu paras yang pernah dicapai pada Disember 2017 yang lalu.

Sebaliknya, jika harga kembali melemah dan membuat penurunan, jangkaan harga akan kembali menguji paras support 1.94500 dan jika paras tersebut berjaya ditembusi (breakout), harga dijangka akan menuju ke paras support 1.93300. Ikuti perkembangan rundingan Brexit dan sentimen pasaran semasa bagi memantau pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/NZD ini.

Paras support: 1.95467, 1.94841, 1.94351.
Paras resistance: 1.96583, 1.97073, 1.97699.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa