Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 14/9/2018

0 352

Jika dilihat pada chart bagi pasangan matawang GBP/USD semalam, harga telah berjaya menembusi (breakout) paras zon major resistance 1.30700 dan juga resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line dan harga kemudian bergerak perlahan sehingga sesi pasaran Asia dibuka hari ini. Pergerakan harga pada chart GBP/USD turut disokong oleh komen positif daripada Draghi dan juga kelemahan USD berikutan data indeks harga pengguna (CPI) di AS turut jatuh.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan dan berada di atas paras Magic Pivot 1.30832 dan bergerak menuju ke paras resistance 1.3143 (MagicR1). Harga semasa bergerak di sekitar paras 1.31340 setakat jam 5 petang. Jika harga membuat sedikit kenaikan, paras yang dijangka akan dicapai harga adalah pada resistance 1.3182 (MagicR2) dan berhampirannya juga terdapat satu zon major resistance 1.32000 yang bakal menjadi tumpuan pasaran. Jika harga melepasi paras tersebut, paras resistance seterusnya yang dijangka akan dituju adalah pada paras resistance 1.3241 (MagicR3).

Sebaliknya, jika harga hilang momentum kenaikan yang dibuat, pasaran akan menjangka harga akan membuat penurunan ke Magic Pivot dahulu sebelum menguji paras RBS (resistance become support) pada 1.30700. Jika harga berjaya breakout paras RBS tersebut, berkemungkinan harga akan turun melepasi paras support 1.3045 (MagicS1) dahulu dan seterusnya ke paras support 1.2987 (MagicS2). Dan jika harga masih ditekan lebih rendah, paras yang dijangka dituju adalah pada paras support 1.2948 (MagicS3) dan pasaran akan melihat respon harga pada zon major support 1.29000.

Ikuti perkembangan rundingan Brexit yang dilihat semakin positif dalam mencapai kesepakatan dan juga pantau matawang USD menjelang data jualan runcit pada malam ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line dan sesuaikan dalam analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.3045, 1.2987, 1.2948.

Paras resistance: 1.3143, 1.3182, 1.3241.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa