Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 9/11/2018

0 306

Setelah harga menunjukkan kenaikan sepanjang minggu ini pada chart pasangan matawang GBP/USD, akhirnya harga dilihat membuat penurunan pada sesi dagangan semalam. Mengimbas pada dagangan sejak awal minggu, Sterling lebih mendominasi harga berikutan faktor rundingan Brexit yang semakin positif dan dikatakan sudah hampir mencapai perjanjian dalam masa terdekat sementara USD pula didagangkan lemah dengan pilihanraya pertengahan penggal di AS yang berlangsung pada minggu ini. Namun, USD kembali mengukuh pada sesi pasaran New York semalam setelah FED mengekalkan kadar faedah sedia ada seperti yang telah dijangkakan oleh pasaran dan optimis terhadap kenaikan kadar faedah seterusnya pada Disember nanti. Dengan itu, harga pada chart GBP/USD yang dilihat bergerak mendatar sejak sesi pasaran Asia semalam beberapa kali menguji paras Magic Pivot dan akhirnya menyaksikan penurunan harga sehingga melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Bersambung pula pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan sejak permulaan sesi dan berada rendah dari paras Magic Pivot 1.3085 dan bergerak di sekitar paras RBS (resistance become support) 1.30500. Jika USD berjaya mengekalkan pengukuhan pada hari ini, harga dijangka akan membuat penurunan ke paras support 1.3020 (MagicS1) yang juga berada pada zon RBS tersebut. Seterusnya jika harga berjaya menyambung penurunannya, harga akan bergerak menuju ke paras 1.2980 (MagicS2) sebelum harga menguji pula paras RBS yang lebih rendah dan kelihatan juga paras 1.2915 (MagicS3) berada berhampiran yang merupakan juga paras support pada indicator Moshed Magic Line.

Namun, jika matawang GBP masih berjaya mengekalkan pengukuhannya seperti yang dilakukan sejak minggu lalu, kenaikan harga berkemungkinan akan menguji kembali paras resistance 1.3125 (MagicR1) yang juga merupakan paras Magic Pivot semalam. Jika harga berjaya melepasi paras tersebut, harga bakal meneruskan kenaikan menuju pula ke paras resistance 1.3190 (MagicR2) dan menguji paras ketinggian harga pada Rabu lalu sebelum kenaikan seterusnya dilihat berpotensi untuk mencapai paras ketinggian yang sehingga ke paras 1.3231 (MagicR3).

Terus ikuti perkembangan rundingan Brexit yang masih menjadi tumpuan dalam pasaran dan sebarang perubahan dalam proses rundingan bakal memberi impak terhadap nilai Pound Sterling. Kawal posisi dagangan anda pada chart GBP/USD ini untuk dagangan hujung minggu yang berkemungkinan berlaku pergerakan harga yang tidak terjangka oleh pasaran. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk melihat paras-paras yang menjadi destinasi tumpuan harga pada chart GBP/USD.

 

Paras support: 1.3020, 1.2980, 1.2915.

Paras resistance:  1.3125, 1.3190, 1.3231.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa