Share This Post

Analisa Teknikal Mingguan / AUD/USD / EUR/USD / GBP/JPY / GBP/USD / USD/JPY

Analisis Teknikal Mingguan 16 Oktober – 20 Oktober 2017

EUR/USD – Analisis Mingguan 16 Oktober – 20 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Seperti jangkaan, harga EUR/USD gagal untuk breakout Key Support mingguan yang berada di sekitar harga 1.1680/1.7000 dan telah membuat kenaikan lebih kurang 160 pips ke target 1.1850/60 minggu lalu.

Pada minggu ini, secara teknikal EUR/USD berpotensi untuk membentuk ‘right shoulder’ bagi pattern Head & Shoulder dan membuat pergerakan bearish sekiranya ia masih gagal untuk breakout 1.1850/64. Target penurunan adalah ke sekitar Key Support iaitu 1.1700 dan jika breakout ia akan meneruskan lagi retracement penurunan ke target seterusnya iaitu 1.1550/60.

Walaubagaimanapun, jika ia breakout harga 1.1860 EUR/USD akan mulai membuat kenaikan dan mencapai resistance seterusnya iaitu 1.1980/1.2000. Oleh itu, 1.1850/60 ini memainkan peranan yang penting untuk diperhatikan dan selagi ia tidak dibreakout, kebarangkalian adalah tinggi untuk EUR/USD bearish retrace pada minggu ini.

GBP/USD – Analisis Mingguan 16 Oktober – 20 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, GBP/USD berjaya untuk meneruskan pergerakan bullish dan mencatatkan kenaikan lebih kurang 250 pips setelah ia gagal untuk breakout Key Support mingguan 1.3030.

Secara teknikal, pergerakan momentum wave masih menunjukkan potensi masih ke arah bullish ketika ini, dan peluang ‘long’ yang boleh diperhatikan adalah di timeframe H4, H1 selagi ia tidak breakout Key Support minggu ini.

Target kenaikan adalah ke sekitar harga 1.3450/60 minggu ini dan jika breakout ia akan mencapai ke sekitar harga Key Resistance iatiu 1.3600. Jadi, selagi GBP/USD tidak breakout Key Support minggu ini, mood bullish masih dikuasai ketika ini.

AUD/USD – Analisis Mingguan 16 Oktober – 20 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Harga AUD/USD bullish sekitar 130 pips minggu lalu setelah ia gagal untuk breakout Key Support sekitar harga 0.7750. Secara teknikal, jika diperhatikan Jumaat lalu AUD/USD berjaya menutup pasaran dengan membentuk bullish morubozu dan pergerakan momentum wave menunjukkan pergerakan masih dikuasai mood bullish(HL,HH,HL,HH) ketika ini.

Dan jika harga AUD/USD minggu ini berjaya untuk breakout harga 0.7900, target seterusnya yang berpotensi dicapai adalah di sekitar harga 0.8000 atau ke sekitar 0.8060.

Jadi, peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah re-entry iaitu di sekitar harga 0.7850 – 0.7814. Walaubagaimanapun, sekiranya breakout 0.7750, AUD/USD akan mulai bearish dan menguji harga support seterusnya iaitu 0.7700.

USD/JPY – Analisis Mingguan 16 Oktober – 20 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Secara teknikal, USD/JPY masih berpotensi untuk bearish ketika ini dan jika ia breakout 111.60, target bearish seterusnya yang berpotensi dicapai adalah di sekitar harga 110.80 bagi membentuk new HL sebelum ia kembali bullish.

Jadi pada minggu ini, USD/JPY dilihat masih berpotensi untuk ‘short’ sementara ia masih berada di paras harga 113.14 dan potensi untuk ‘long’ pula boleh diperhatikan di sekitar harga 110.80/60 iaitu Key Support mingguan. Oleh itu, target kenaikan sekiranya ia gagal untuk breakout 110.80/60 adalah di sekitar harga 112.00 atau ke harga yang lebih tinggi lagi iaitu 113.14.

Oleh itu, Key Support Zone minggu ini penting untuk diperhatikan ketika ini bagi menentukan samaada ia akan terus bearish ataupun akan membuat kenaikan semula.

GBP/JPY – Analisis Mingguan 16 Oktober – 20 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, harga pasaran bagi GBP/JPY masih berada di sekitar Key Support Zone dan secara teknikal selagi ia tidak breakout 146.50, potensi pergerakan masih ke arah bullish minggu ini. Jika bullish, target yang berpotensi dicapai adalah di sekitar harga 150.30/00 atau ke harga yang lebih tinggi lagi.

Peluang yang boleh diperhatikan ketika ini adalah di timeframe yang lebih kecil sekitar harga 146.50 – 148.00 bagi membentuk reversal pattern/buy signal sebelum ia bullish. Walaubagaimanapun, jika ia breakout Key Support ini, ia akan mengorak langkah untuk bearish. Jadi, Key Support Zone minggu ini amat penting untuk diperhatikan ketika ini.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!