Share This Post

Analisa Teknikal Mingguan / AUD/USD / EUR/USD / GBP/JPY / GBP/USD / USD/JPY

Analisis Teknikal Mingguan 2 Oktober – 6 Oktober 2017

EUR/USD – Analisis Mingguan 2 Oktober – 5 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Secara keseluruhan, harga EUR/USD masih dalam pergerakan bullish ketika ini dan minggu lalu ia mulai bearish retrace dan kini ia mulai menghampiri kritikal zone iaitu sekitar Key Support mingguan 1.1700/1.1680.

Jadi sekiranya EUR/USD masih tidak breakout harga Key Support ini, EUR/USD akan mulai pulih dan mulai mengorak langkah untuk bullish tetapi jika ia breakout, EUR/USD berpotensi untuk mencapai ke harga retracement yang lebih rendah iaitu sekitar 1.1560 atau ke 1.1450.

Oleh itu, pada minggu ini Key Support ini amat penting untuk diperhatikan ketika ini samaada ia akan dibreakout ataupun sebaliknya. Dan selagi ia tidak breakout 1.1864/50, kebarangkalian masih tinggi untuk ia breakout Key Support dan meneruskan lagi penurunan.

GBP/USD – Analisis Mingguan 2 Oktober – 5 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, GBP/USD mulai bearish setelah ia gagal untuk breakout Key Resistance 1.3600 dan mencatatkan penurunan lebih kurang 150 pips. Dan secara teknikal, momentum wave masih menunjukkan potensi masih ke arah bullish(HL,HH,HL,HH).

Jika diperhatikan, harga GBP/USD kini semakin hampir ke zone Key Support yang berpotensi untuk membentuk new HL. Dan selagi ia tidak breakout harga sekitar 1.3250, GBP/USD berpotensi tinggi untuk kembali bullish. Jika breakout, peluang seterusnya yang boleh diperhatikan adalah sekitar 1.3150 untuk ‘long’.

Apapun, penting untuk perhatikan di timeframe yang lebih kecil apakah chart pattern /candlestick reversal signal yang akan terbentuk di sekitar harga Key Support minggu ini sebelum mengambil keputusan memasuki pasaran.

AUD/USD – Analisis Mingguan 2 Oktober – 5 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Mengikut pergerakan semasa, AUD/USD ketika ini masih dalam mood bullish dan minggu lalu ia mulai melakukan retracement penurunan. Dan jika diperhatikan harga kini berada di zone support dan berpotensi untuk ia mulai bullish selagi tidak breakout Key Support Zone 0.7800 – 0.7730 dengan membentuk new HL.

Target kenaikan yang berpotensi dicapai adalah sekitar harga 0.79000 atau ke sekitar Key Resistance minggu ini sekiranya ia masih tidak breakout Key Support Zone. Jadi, sekiranya buy signal mulai terbentuk di sekitar key support minggu ini, kebarangkalian untuk ia bullish adalah tinggi. Walaubagaimanapun, jika breakout AUD/USD akan bearish ke support seterusnya iaitu 0.7664.

USD/JPY – Analisis Mingguan 2 Oktober – 5 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, USD/JPY mempunyai potensi untuk bearish sekiranya ia gagal untuk breakout Key Resistance Zone. Dan target penurunan yang berpotensi dicapai adalah di sekitar harga 111.00 – 110.30. Sekiranya ia tidak breakout Support Zone tersebut, USD/JPY berpotensi membentuk new HL sebelum meneruskan lagi kenaikan.

Target kenaikan adalah ke sekitar harga 113.314 atau ke 114.15 dan jika breakout Key Resistance ini, ia berpotensi untuk mencapai 115.00. Walaubagaimanapun, jika breakout Support Zone ia akan mencapai ke sekitar harga 109.00.

Oleh itu, penting untuk perhatikan reaksi pasaran/ tindakan harga di sekitar support zone sekiranya ia berjaya untuk bearish ke harga tersebut.

GBP/JPY – Analisis Mingguan 2 Oktober – 5 Oktober 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan dari sudut teknikal, momentum bullish masih dikuasai GBP/JPY ketika ini. Dan penurunan minggu lalu adalah retracement dan dijangkakan ia berpotensi untuk meneruskan lagi pergerakan bearish ke sekitar Key Support Zone sebelum bullish selagi tidak breakout 146.50.

Peluang yang boleh diperhatikan adalah di sekitar zone 148.00 – 146.50 dan sekiranya terbentuk buy signal sekitar harga ini, kebarangkalian adalah tinggi untuk GBP/JPY bullish. Oleh itu, selagi ia tidak breakout Key Support ini, momentum bullish masih valid di timeframe daily ini.

Walaubagaimanapun, jika breakout Key Support ini GBP/JPY akan mencapai ke support seterusnya.

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!